Petanda Si Dia Adalah Jodoh Anda, Apabila Tidak Jemu Memberi Nasihat. Jom Lihat Antara Nasihat Yang Sering Diberi.

Jika sahabat baik sama jantina dengan anda tidak jemu memberi nasihat, sudah tentu si dia kita ibaratkan sebagai keluarga. Walau berjauhan, nasihat dari sahabat sudah tentu kita tidak dapat lupakan. Tetapi bagaimana pula jika kita sering diberi nasihat oleh mereka yang berlainan jantina? Adakah mereka memberi semata-mata hanya mengambil berat? Adik angkat? Abang angkat?



Apabila memiliki pasangan yang sering memberi kita nasihat, sudah tentu kita akan rasa terharu kerana ada juga insan lain yang sanggup mengambil berat tentang kita. Tidak lupa untuk memberi nasihat. Jadi, salah satu petanda si dia adalah jodoh kita adalah, apabila tidak jemu-jemu memberi nasihat. Walau banyak kekurangan dan kelemahan, si dia sentiasa ada untuk memberi kata-kata semangat.

Jom lihat antara nasihat-nasihat yang sering diberikan..

1. Nasihat tentang membuat kebaikan.

Jika kita melakukan perkara-perkara yang baik, Dengan Izin Allah akan dibalas dengan baik. Si dia sering menasihati anda bahawa, jangan lupa untuk melakukan kebaikan pada orang lain terutamanya pada orang yang tidak berkemampuan. Ia bukan sahaja memberi manfaat pada orang lain, tetapi manfaat pada diri sendiri.

Contoh 1: Jika makan di restoran fast food ringankan tulang anda untuk membersihkan sisa-sisa makanan, supaya mudah untuk orang lain makan pula. Pekerja disitu juga turut tidak terbeban, apabila terlalu banyak kerja ingin dilakukan.

Contoh 2: Membuang sampah dimana sahaja anda berada. Jika anda sering dinasihat tentang membuang sampah, sudah tentu si dia adalah seorang yang pembersih.



2. Nasihat untuk memperbaiki diri.

Si dia juga tidak jemu-jemu menasihati anda untuk memperbaiki segala kelemahan di dalam diri. Seperti untuk menurunkan ego anda terhadap orang lain, tidak kuat melawan kata-kata ibu bapa, kurangkan dan kawal perasaan yang sentiasa amarah, kurangkan sikap degil supaya orang di sekeliling senang dengan sikap anda.

3. Nasihat untuk tidak melakukan kejahatan pada orang lain.

‘Jika orang baling tahi, kita balinglah bunga’

Seperti kata-kata di atas, apa yang berlaku jika orang tersebut sering membaling ‘tahi’, dan kita juga turut membaling ‘tahi’ pada orang lain? Sudah tentu ia bertimbun terlalu banyak dan menjadi terlalu busuk. Jika BUNGA tidak langsung diberi atau dibaling, sudah tentu anda tidak dapat membayangkan situasi tersebut bau seperti bangkai mungkin.

Jadi, ia bermaksud apabila orang melakukan kejahatan pada kita, usahlah kita membalas dendam dengan kejahatan.



4. Nasihat untuk sentiasa berlapang dada.

Si dia juga menyuruh anda untuk berlapang dada sekiranya kehidupan anda diuji dengan dugaan dan cabaran. Tidak mudah melatah, dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

5. Nasihat untuk melihat masa depan.

Dan yang paling penting adalah, jika si dia benar-benar mahukan hubungan yang serius dengan anda ke alam perkahwinan, sudah tentu si dia sentiasa menasihati dan mengingatkan tentang masa depan. Buat sesuatu untuk jangka masa yang lama, dan bukannya dalam jangka masa yang pendek kerana untuk mengekalkan sesuatu bukannya main-main.

Jika si dia ada petanda-petanda seperti berikut, mungkin dia adalah jodoh yang tepat bagi anda.

BACA: Tanda-Tanda Jodoh Semakin Dekat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen