10 Tanda Si Dia Sebenarnya Mempermainkan Perasaan Anda Sahaja.

Apabila mencintai seseorang, hati dan perasaan kita akan menjadi takut. Taku sama ada kehilangan atau dipermainkan. Dalam hubungan percintaan, ada sahaja insan yang mahu menjalinkan hubungan yang serius, tetapi kadang-kala mempermainkan perasaan anda tanpa sedar, kerana mungkin dulu si dia pernah terluka.

Jadi, si dia lakukan perkara tersebut terhadap anda kerana tidak mampu untuk membalas dendam pada bekas kekasihnya. Tetapi balas dendam terhadap anda pula. Jom ketahui tanda-tanda tersebut…

1. Memalukan diri anda.

Si dia sering memalukan diri anda dengan memarahi anda di khalayak orang ramai. Tiba-tiba menengking. Tiba-tiba menjerit.

2. Tidak tahu menyimpan rahsia.

Sepatutnya menjadi rahsia antara anda berdua, tetapi tiba-tiba rahsia itu diketahui oleh orang-orang yang si dia kenali. Sudah tentu ia memalukan diri anda, bukan?



3. Mengkritik penampilan.

Penampilan anda ada sahaja tidak kena pada mata si dia. Nampak gemuk lah. Nampak terlalu kurus pula. Nampak pendek pula. Selepas itu tidak mahu berjalan seiring dengan anda, kerana malu dengan penampilan anda.

4. Tidak memberi anda peluang untuk berbicara.

Asalkan anda memberi pendapat, pasti si dia akan menyampuk. Asalkan anda mahu berkongsi cerita, ceritanya dikongsi dahulu sehingga tiada mood untuk anda berbual.

5. Memeriksa telefon bimbit anda.

Tetapi apabila anda mahu memeriksa telefon bimbit si dia, si dia akan berkeras tidak bagi anda melihatnya. Apabila ditanya telefon bimbitnya adalah barang privasinya, tetapi si dia perlu tahu apa yang terkandung dalam telefon bimbit anda.

6. Cemburu tidak bertempat.

Si dia cemburu melihat anda sering meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat baik. Si dia juga risau jika orang-orang terdekat dengan anda mempengaruhi minda anda untuk meninggalkan si dia. Oleh kerana itu si dia mahu anda meluangkan masa dengan dirinya sahaja.



7. Melampaui batas.

Oleh kerana diri anda itu adalah ‘hak miliknya’ sahaja, sudah tentu semua hak anda, hak dia juga. Jadi, si dia boleh lakukan apa sahaja seperti menggunakan wang dalam dompet anda dengan sesuka hati.

8. Tidak hormat dengan prinsip anda.

Setiap orang sudah tentu mempunyai prinsip tersendiri, bukan? Tetapi si dia yang anda kenali, tidak hormat dengan prinsip hidup anda yang kononnya perlu positif atau husnudzon dengan setiap perkara yang berlaku.

9. Terlalu mengongkong.

Si dia yang suka mempermainkan perasaan insan lain adalah apabila suka mengongkong. Si dia mahu tahu setiap gerak-geri anda. Lebih kurang macam spy pula.

10. Merendahkan impian anda.

Apabila si dia tidak hormat dengan prinsip anda, sudah tentu si dia boleh merendahkan impian anda juga. Ini terjadi kerana si dia yang terlalu dominan sehinggakan anda ini seratus peratus hak milik dirinya, dan perlu ikut cakap si dia sahaja. Tiada yang lain.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen