Antara Perkara Yang Anda Boleh Manfaatkan Sementara Menunggu Jodoh.

Bagi mereka yang masih lagi belum bertemu dengan jodoh, kadang-kala suka membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain di sosial media. Sosial media ini boleh dijadikan sebagai hiburan, malah sebagai racun juga.

Terlalu mengenang nasib entah bila mahu bertemu jodoh, hanya membuang masa sahaja. Isikan masa dan waktu terluang anda dengan melakukan perkara seperti berikut…



1. Cuba menjadi seorang yang ‘Sihat’.

Jika sebut sahaja tentang sihat, sudah tentu anda sudah menggambarkan kehidupan yang sihat. Perlu makan makanan yang sihat dan sentiasa melakukan senaman. Namun, ia bukan sahaja mengenai kesihatan fizikal, tetapi anda juga perlu kesihatan jasmani dan jiwa. Terlalu mengenang nasib belum bertemu jodoh membuatkan jiwa anda akan menjadi tidak sihat, dan ia akan menjurus kepada tekanan mental sahaja.

2. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Begitu juga dengan keadaan sekeliling anda terutamanya rakan-rakan. Kecilkan kumpulan rakan-rakan yang positif dan boleh memberi manfaat pada hidup anda sahaja. Usah mendekatkan diri dengan rakan-rakan yang terlalu negatif, kerana ia akan mempengaruhi fikiran anda untuk sering mengandaikan perkara yang negatif. Seperti point nombor 1, jiwa anda akan menjadi tidak sihat.

3. Membuat perancangan yang positif untuk masa hadapan.

Kerana itu pentingnya ‘mind set’. Jika ‘mind set’ anda hanya melihat masalah dalam setiap perkara, masalah dalam setiap rancangan tanpa solusi sudah tentu ia tidak akan tercapai. Begitu juga dengan kepercayaan dan sangkaan anda sendiri. Kita sendiri perlu yakin dengan Allah SWT dan husnudzon. Setiap perancangan pasti ada hikmahnya.



4. Menjaga penampilan untuk membina keyakinan.

Ketika ini lah peluang yang anda ada untuk menjaga penampilan. Jika daripada zaman bujang anda sudah terbiasa untuk menjaga penampilan walaupun hanya berada di dalam rumah sahaja, ia pasti akan menjadi kebiasaan sehinggalah ke alam perkahwinan. Bila dah kahwin, anda menjadi ralat pula untuk menjadi selekeh dihadapan pasangan.

5. Sentiasa mendengar musik yang positif.

Anda sering mendengar musik yang melayan jiwa kerana bait-bait lirik seumpama dengan hidup anda yang pernah terluka. Apabila anda gembira sudah tentu anda menghayati lagu, tetapi apabila bersedih anda akan menghayati lirik, kan? Elakkan mendengar musik yang boleh mematikan jiwa anda kerana ia bakal melalaikan diri.

6. Belajarlah untuk mendengar.

Sebelum ingin berkata-kata, DENGAR. Sebelum menyampuk, dengar. Sebelum ingin melemparkan carutan dan makian, DENGAR. Takut nanti apabila leka sangat berbicara akan terpamer kelemahan dan keburukan anda, dimana orang lain akan mula menanam hasad dengki dan pijak diri anda tanpa sedar.

Jangan sia-siakan masa anda.



 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen