4 Kesan Berbahaya Jika Hanya Berdiam Diri Dalam Perhubungan. Jom Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perhubungan ini merupakan perkara yang melibatkan antara dua orang. Jadi setiap yang berlaku dalam perhubungan memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak. Tidak kira lah berdiam diri kerana mengelakkan pergaduhan atau berdiam diri kerana membenarkan apa yang pasangan katakan ia sebenarnya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Sekiranya anda lebih banyak berdiam diri dalam satu perhubungan banyak perkara yang tidak menyeronokkan akan timbul. Mungkin kebaikannya anda berjaya menamatkan pergaduhan tetapi keburukannya akan berlaku selepas itu. Jom kita ketahuinya.



1. Komunikasi merundum.

Perkara yang boleh anda lihat adalah komunikasi antara anda dan pasangan semakin menurun. Di mana, anda atau pasangan anda akan lebih banyak mendiamkan diri berbanding membiancangkan perkara yang sepatutnya. Bahkan, kalian akan mula untuk tidak membincangkan perkara-perkara yang serius. Bukan itu sahaja, kemungkinan juga anda dan dirinya mula jarang untuk saling berkomunikasi. Hal ini kerana, masing-masing menyimpan rasa.

2. Timbul rasa benci.

Mendiamkan diri dalam perhubungan ini juga membuat anda atau pasangan anda mempunyai rasa kebencian. Di mana perasaan itu timbul apabila pasangan anda mula mengendahkan anda ataupun, anda terpaksa menerima segala kata yang pasangan anda luahkan. Jadi sedikit-sedikit kata-kata itu akan lekat di hati seterusnya menimbulkan rasa kebencian pada dalam diri seseorang. Sebab itu pentingnya tindak balas dalam perhubungan.


3. Hilang kemesraan.

Apabila hilang komunikasi antara dua belah pihak, ia juga akan melibatkan hilang kemesraan di antara kalian. Mana tidaknya, kekurangan komunikasi serta memendam perasaan akan membuatkan kalian tidak mempunyai mood untuk bergurau senda. Kalian juga akan mula banyak mendiamkan diri dari berkata-kata.

4. Hubungan jadi lebih beremosi.

Tiada komunikasi, perasaan tidak suka timbul serta tiada kemesraan dalam perhubungan akan mengakibatkan anda dan pasangan menjadi lebih beremosi. Dalam setiap perbuatan anda dan dirinya banyak menimbulkan perasaan marah serta perkara yang tidak menyenangkan. Sebagai contoh, anda mudah melenting tanpa sebab yang munasabah. Bukan hanya itu sahaja, tetapi anda dan pasangan akan lebih banyak bergaduh daripada berdamai.

Jadi jika anda inginkan hubungan yang membahagiakan anda, anda seharusnya tidak berdiam diri dalam setiap hal. Mungkin anda perlu sedikit bersuara untuk menyatakan apa yang sepatutnya dan apa yang tidak. Anda perlu ingat perhubungan ini perlukan dua orang untuk saling berhubung bukannya membiarkan ditindas dan mempersetujui segala hal.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen