Antara Ciri-Ciri Wanita Manja Yang Kadang-Kala Merimaskan Lelaki. Anda Yang Mana?

Secara lahiriahnya wanita adalah seorang yang manja. Cuma didikan daripada ibu bapa sejak kecil itu amat penting supaya dapat membentuk anak perempuan sama ada terlalu manja atau boleh berdikari. Ada sahaja sebahagian lelaki mengatakan manja seorang wanita ini berbeza-beza mengikut individual. Ada yang buat-buat manja kerana mahu menarik perhatian atau dipanggil gedik, dan ada sahaja memang semula jadi manja.



Jadi, jom ketahui kategori atau ciri-ciri wanita manja ini yang kadang-kala merimaskan kaum lelaki….

1. Manja yang clingy.

Wanita ini manja seperti mahu melekat pada pasangan selama 24/7. Wanita ini memang digambarkan seorang yang terlalu mengambil berat pada pasangannya, mungkin kerana terlalu risau jika berlaku perkara yang tak diingini pada pasangan. Tetapi jika dah terlalu manja, merengek dan mahu mengikut pasangan ke mana sahaja, pasti kaum lelaki akan berasa bosan.

2. Manja ‘fake’.

Anda bukan lah seorang yang manja sebenarnya, tetapi anda melakukan perkara tersebut kerana mahukan perhatian daripada pasangan sahaja. Mungkin anda adalah seorang wanita yang kasar dan agak boyish, anda cuba menjadi manja kerana persepsi anda terhadap lelaki yang memang suka pada wanita manja. Jadi, anda pun melakukan manja ‘fake’ ini, padahal ia amat kekok bukan sahaja pada anda, pada lelaki itu juga.



3. Manja seakan-akan budak kecil.

Perwatakan sebegini bukan sahaja lelaki menganggap anda sebagai ‘adik angkat’ sahaja, malah mungkin anda bukan dalam list untuk jadi sebagai bakal isteri si dia. Jika anda sedar seorang lelaki cuba menjauhkan diri daripada anda, mungkin anda ini manja seperti budak kecil, sekiranya tidak dapat barang atau perkara yang anda mahu, mesti mulut muncung seperti itik. Suara pun berubah seperti budak kecil.

4. Manja yang hanya diminta bila perlu.

Satu hari anda merasakan seperti anda tidak cukup kasih sayang. Jadi tapi anda sedar, anda merengek pada kaum lelaki untuk diberi perhatian. Anda mahukan perhatian daripada mereka seratus peratus dan mahukan lujukan daripada mereka.

Namun, tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus tahu tentang perkara ini. Jika si dia berusaha memujuk, jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya kerana kebanyakan lelaki buat-buat tidak tahu.

Kesimpulannya tidak salah untuk bermanja bersama pasangan, tetapi biarlah bertempat dan kena dengan mood pasangan. Lelaki memang suka dengan wanita yang manja, tetapi jangan lah TERLALU MANJA, TERLALU MERENGEK sehingga membuatkan mereka berasa serba salah jika tidak melayan kerenah anda. Kadang-kala jadi lah wanita yang tegas dan jual mahal sedikit, supaya lelaki dapat merasakan tidak mudah untuk mendapatkan diri anda sebenarnya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen