“Bagaimana Isteri Nak Memberi, Jika Anda Sendiri Tidak Ada Toleransi Terhadap Dirinya” – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja akan mengidamkan hubungan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, aman dan harmoni. Baik yang sudah berkahwin, atau bakal mendirikan rumah tangga pasti ini adalah tujuan utama anda dalam membentuk satu keluarga. Bahkan ada juga yang mengimpikan hubungan yang saling memberi ataupun pasangan yang sporting. Tapi bagaimana hendak memperolahi semua itu jika tidak mulakan dengan diri sendiri. Dengan itu, mari kita baca sedikit perkongsian daripada Saudara Hayat Muhamad menerusi laman Facebooknya.



Toleransi dengan isteri.

Isteri saya kadang- kadang pergi GYM. Saya izinkan. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan. Saya tak bebankan dia dengan memasak setiap hari.

Isteri saya kadang- kadang pergi Jogging atau Shopping dengan kawan- kawan. Saya izinkan. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Ambil masa untuk diri sendiri. Kadangkala saya beri duit. Shoppinglah apa yang awak mahu. Kalau dia tak guna duit itu- duit tu jadi milik dia, saya tak mintak balik.

Isteri saya kadangkala nak tidur rumah mak ayah dia. Saya izinkan. Kadangkala sampai dua hari. Saya beri ruang dan masa untuk dia bersama keluarga. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Jangan risau abang akan beli makanan sendiri. Saya tak nak bebankan dia.

Apabila saya nak lepak dengan kawan- kawan, saya beritahu isteri. Dia izinkan. Kalau saya lepak sebelah malam, saya akan cuba pulang awal. Kalau saya hendak lepak hingga pagi, awal- awal petang saya dah beli makanan siap- siap dan cadangkan isteri tidur rumah mak dan ayah dia.


Saya minat motor. Apabila saya hendak menyertai konvoi, isteri saya akan bersiap untuk balik rumah mertua. Konvoi biasa dua- tiga hari.

Hidup ini penuh toleransi. Kita perlu rancang supaya semua orang hidup dengan senyuman. Setiap orang mempunyai minat masing- masing.

Yang paling penting jangan mengabaikan.

Anda bagaimana?

Semua bini tak bagi?

Sebab anda sendiri tidak memberi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jika inginkan sebuah perhubungan serta keluarga yang bahagia, ia perlu bermula dengan diri anda sendiri bukannya pasangan anda ataupun orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen