Ketahui Bagaimana Bina Hubungan Cinta Yang Erat Hanya Melalui Telefon Bimbit Bagi Mereka Yang Berjauhan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan jarak jauh ini, sudah pasti lah telefon bimbit ini memainkan peranan yang penting. Di mana dengan cara ini sahaja kalian dapat berhubung antara satu sama lain. Bukan mereka yang jalinkan perhubungan jarak jauh sahaja yang boleh ikuti cara ini tetapi mereka yang jalinkan hubungan seperti biasa juga boleh lakukannya. Jom kita ketahuinya.



1. Selalu luangkan masa.

Jangan fikir bahawa proses untuk berkomunikasi bermula apabila anda sedang berbual. Ini bermula dari kesediaan anda untuk meluangkan masa. Biasanya pasangan anda sering mengatakan bahawa dia begitu sibuk dia tidak mempunyai masa untuk hubungan. Padahal kenyataannya, masa selalu ada, tinggal pasangan dan anda saja mahu meluangkan waktu itu atau tidak.

2. Tinggalkan pesanan jika dia tidak dapat dihubungi.

Apabila tidak dapat menghubungi seseorang, kadang kala kita lebih memilih untuk mendiamkan diri. Tetapi sepatutnya, anda perlu tinggalkan pesanan jadi jika ia membuka telefon bimbitnya, dia tahu keberadaan anda. Bahkan mengatakan kalau diri anda sedang sibuk dan sukar untuk membalas mesej adalah cara yang tepat sehingga si dia tidak perlu mencari anda.


3. Jangan lupa untuk menelefon dirinya.

Pasti tidak cukup dengan hanya sekadar membalas mesej sahaja, jadi salah seorang harus lah menelefon terlebih dahulu agar dapat mendengar suara. Bahkan jika mendengar suara ini, ia akan menjadikan anda semakin rindu padanya. Boleh jadi perbualan itu akan bertambah panjang dan mengeratkan kalian.

4. Jangan berlebihan menggunakan emoji.

Emoji ini adalah bahan-bahan sampingan untuk menyerikan mesej anda. Tanpa emoji juga anda mampu sampaikan apa yang anda ingin katakan bukan? Jika anda sampaikan apa yang anda mahu tanpa emoji anda akan kelihatan lebih elegan. Cukup penggunaannya sekadar satu atau dua sahaja yang akan membuat pasangan melambangkan ia adalah anda.

Dengan penggunaan telefon bimbit dalam hubungan ini sebenarnya lebih mudah. Tiada istilah untuk perbualan yang terbatas atau kekurangan waktu untuk saling berkongsi. Cuma anda pandai atau tidak menggunakan setiap peluang yang anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen