Jika Teman Wanita Anda Melakukan 6 Perkara Ini, Mungkin Si Dia Telah Bersedia Menjadi Bakal Isteri Anda.

Secara luaran setiap lelaki pasti mahukan wanita yang cantik, tetapi apabila berpasangan sudah tentu lelaki mahukan seorang wanita yang mampu menghormati, menghargai dan memahami dirinya. Tetapi pada zaman sekarang, ramai sahaja lelaki yang yang masih belum bertemu jodoh kerana keperibadian seseorang wanita. Ada sahaja yang tidak kena pada mata lelaki.

Tetapi 6 perkara ini menunjukkan wanita tersebut sudah bersedia menjadi pasangan anda, jom ketahuinya seperti berikut…

1. Tidak tergesa-gesa dalam menyelesaikan masalah.

Setiap wanita, apabila timbulnya masalah, mereka pasti mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat kerana tidak mahu ia berpanjangan. Jadi, sering kita lihat majoriti wanita ini bertindak tanpa berfikir dalam jangka masa yang panjang, oleh kerana itu tindakan sebegini kadang-kala tidak menepati gaya lelaki.

Lelaki mahu masalah diselesaikan dengan teratur walaupun mengambil sedikit masa.

2. Tahu mengucapkan kata-kata sayang dan romantik.

Teman wanita anda juga tidak mengharapkan kata-kata romantik daripada anda semata-mata. Si dia juga tahu untuk memulakan hari-hari anda dengan memberi kata-kata semangat supaya mood anda bertambah ceria.

3. Membuat senarai barang yang dipesan.

Apabila teman wanita anda memesan barang yang mahu dibeli, mereka tidak biarkan ia berlalu dengan kata-kata kosong sahaja. Kerana sudah pasti anda akan terlupa untuk membeli salah satu barang tersebut. Sudah tentu mereka akan membuat senarai untuk anda membeli tanpa memilih barang yang salah. Jika tersalah beli, pasti akan dimarah bukan.

4. Menjadi penumpang kereta yang membantu.

Wanita memang lemah apabila memberi arah jalan ketika dipandu oleh pasangannya. Mereka mahu mengatakan arah kiri, tetapi hanya ditunjukkan dengan tangan sahaja tanpa perkataan yang membantu.

“Ha….masuk sini…masuk sini….”

“Masuk mana, kiri ke kanan?”

“Masuk sini lah, awak tak nampak tangan saya tunjuk arah mana…”

Wanita akan berleter apabila pasangan tersalah jalan. Bersangka baik sahajalah apabila tersesat jalan. Jika teman wanita anda expert dalam menunjuk arah ini, jangan abaikan mereka.

5. Cepat bersiap dan tidak menukar baju last minute.

Setiap lelaki pasti mempunyai kesabaran yang tinggi taktala menunggu teman wanita atau isterinya bersiap untuk keluar ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja lambat bersiap, tiba-tiba dah nak masuk kereta nak tukar baju pula, katanya tidak sesuai dengan warna tudung. Wanita yang memahami lelaki tidak akan melakukan perkara sebegini dengan terlalu kerap.

6 Tidak memberi penjelasan dengan terlalu panjang.

Jika berlaku masalah, teman wanita anda tahu untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan cepat dan tepat. Tidak dilengah-lengahkan dan padat. Tiada bahasa kiasan dan telus. Jika ada wanita yang memberi penjelasan yang terlalu panjang, ia seolah-olah tidak mempercayai pasangan pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen