“Dalam Perjalanan Cinta, Kita Pasti Akan Berjumpa Dengan Orang Yang Salah…” Nasihat Lelaki Ini.

"Awak selalu takde masa untuk saya. Selalu kerja, kerja kerja!"

Saya ada kawan. Dia selalu buat kerja lebih masa. Kadangkala balik kerja pun pukul 10 malam. Hari minggu buat kerja sampingan pula.

Masalah sekarang, makwe dia kata dia kurang luangkan masa dengan dia. Nak jumpa seminggu sekali pun susah. Dia risau makwe dia minta putus.

Saya beritahu dekat dia. Dalam perjalanan cinta kau, kau mungkin akan bertemu dengan perempuan yang jenis macam ni. Golongan yang bising jika pakwe dia selalu sibuk bekerja dan takde masa untuk dia.

Kalau pakwe takde duit bising, pakwe kerja lebih masa pun bising. Lepastu mulalah nak cari pakwe lain. Gunakan alasan "awak dah banyak berubah", "awak tak ada masa untuk saya."

Perempuan golongan macam ni selalunya nak lelaki yang stabil je. Nak yang dah ada wang. Tak nak lelaki yang perlu susah sama-sama. Nak 24 jam ada dengan dia.

Kalau boleh dia WhatsApp terus kau balas. Kau tengah tidur pun, kalau dia nak ajak sembang dengan pun kau kena layankan kehendak dia. Segala kemahuan dia kau kena turutkan. Kau tak boleh kata tidak.

Biasalah kalau makwe yang datang daripada golongan berada ni. Dah biasa hidup senang kan. Mana pernah rasa susah. Kau punya lah bekerja kuat untuk halalkan dia. Nak cari simpanan untuk kahwin.

Biasalah kau baru keluar universiti. Gaji pun masih kecil lagi. Nak bayar PTPTN lagi. Nak tanggung keluarga lagi. Kalau ada adik-beradik ramai lagi la kau kena kerja kuat untuk tolong keluarga kau. Kalau dah lama kerja lain lah. Dah stabil semua.

Walaupun kau sibuk, kau tetap berusaha cari masa untuk dia tapi dia masih tak faham. Itu lah petanda kau kena lepaskan dia. Mungkin dia dah ada lain. Dia dah tawar hati untuk kau.

Kau kerja, balik malam-malam. Penat tapi masih mesej dia dan telefon dia. Selalu caring dan tanya khabar dia. Itu pun, dia duk kata kau masih takde masa untuk dia. Buat apa kau masih nak bertahan lagi kan.

Jadi, saya suruh dia fikir masak-masak lah. Cepat atau lambat perempuan golongan macam ni takkan pernah faham kau. Kau kerja lebih masa akan dituduh keluar dengan perempuan lain. Kau sibuk kerja dituduh duk mesej perempuan lain.

Tak rugi jika kau hilang perempuan jenis macam ni. Mungkin dia hanya persinggahan sementara dalam hidup kau. Kau carilah perempuan yang lebih faham kau. Yang terima gaji kau tak besar mana. Sebab gaji kau kecil la yang kau terpaksa kerja lebih masa untuk cari duit lebih.

Saya percaya lelaki jenis macam ramai. Masa bujang memang dorang kerja kuat. Kerja untuk cari duit untuk simpanan masa depan. Dah kahwin nanti, ada masa untuk keluarga. Keluarga akan diutamakan. Itu sebab masa bujang dorang kerja kuat dan selalu sibuk.

Kau sibuk bekerja bagus lah. Ini kata sibuk, tapi Fesbuk online je. Siap up status lagi. WhatsApp bluetick je. Sempat lagi like gambar awek cantik kat Insta bagai. Tu sibuk buat benda lain dah tu.

Kau yang selalu sibuk bekerja tu, kerja kerja juga, kesihatan jangan lupa. Telefon mak ayah jangan lupa. Carilah masa untuk luangkan bersama yang tersayang. Takkan sibuk manjang je kan. 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen