Usah Berputus Asa Dalam Menjemput Jodoh.

Allah SWT berfirman “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” (Yusuf: 87)

Apabila sudah lama terluka, pasti ada terkesan dalam diri, dan terdetik untuk tidak lagi mencari jodoh. Sebagai manusia biasa sudah tentu ada sikap berputus asa dalam apa jua perkara termasuklah berdoa. Malah ada juga hanya berdoa dan bertawakal, tetapi sudah berputus asa untuk berusaha.

MUHASABAH DIRI.

Muhasabah diri bukan sahaja ketika berlakunya perkara yang duka dan suram sahaja. Ketika kita gembira dan bahagia juga, Allah sedang memberi ujian kepada kita. Adakah kita mampu muhasabah diri supaya tidak riak atau Ujub menurut islam?

Berkenaan dengan jodoh pula, jom lihat apakah sifat diri sendiri yang menyebabkan kita sukar untuk bertemu jodoh? Lihat kembali diri sendiri mengesan apa yang kurang pada diri anda.



Pada pandangan luaran, ia sepatutnya bukanlah masalah yang besar, kerana kita hanya perlu berpenampilan kemas dan menarik supaya orang luar senang dengan diri kita. Jika anda mempunyai bau badan, berusaha lah untuk memperbaiki bau badan tersebut.

Kerana penampilan diri juga merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.

Bagaimana pula dengan dalaman? Adakah sudah pasti, anda sudah istiqomah untuk muhasabah diri? Tidak riak atau Ujub? Tidak berasa terlebih bagus dan pandai daripada orang lain? Soalan ini, hanya anda sahaja yang ada jawapan.

BUANGKAN RASA MALU TIDAK BERTEMPAT.

Masalah orang sekarang, suka malu tidak bertempat. Selagi tidak melakukan larangan Allah SWT, mengapa perlu malu? Adakah bertegur siapa dengan sesama manusia itu adalah larangan dari Allah SWT?  Adakah anda sedang melakukan maksiat?

Kerana itu adanya Ta’aruf.

Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu? Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.

Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.



TANAMKAN PERASAAN YAKIN PADA ALLAH SWT.

Jangan pernah menyerah kalah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi. Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya.

Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.

Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya.

Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen