Kenali Tanda-Tanda Dari Allah SWT Dalam Menemui Jodoh.

Jom ikuti seperti kisah ini…

Seorang wanita yang sudah berumur 35 tahun, masih belum bertemu jodohnya. Justeru, suatu hari ibunya mengajak untuk berdoa dan mereka bangun malam bersama-sama dan berdoa supaya, anaknya itu mendapat jodoh.

Mereka berdua bukan sahaja bangun setiap malam melakukan solat Tahajjud dan solat-solat sunat lain, bahkan solat Dhuha juga. Tidak jemu-jemu berdoa setiap kali solat.

Selepas 7 hari mengamalkannya, wanita tersebut menerima JEMPUTAN REUNION dari sekolah menengahnya dulu.  Apabila si ibu bertanyakan tentang reunion tersebut, wanita itu kelihatan malas, dan tidak mahu berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya dulu. Si ibu itu cuba lagi memujuk dan mengatakan mungkin akan bertemu jodoh di situ.

TANDA-TANDA ALLAH SWT.

Kemungkinan ia adalah petunjuk atau tanda dari Allah yang memakbulkan doa mereka dengan sampainya jemputan reunion tersebut. Kemudian wanita tersebut tersedar dengan situasi berikut dan bersetuju untuk pergi ke reunion tersebut.

Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin jemputan reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Di samping itu, ibu dan anaknya  itu juga tidak lupa untuk bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.

DETIK REUNION.

Wanita tersebut menghubungi rakan-rakan lamanya sama ada pergi ke reunion tersebut atau tidak. Malangnya, majoriti kenalannya tidak dapat hadir bersama. Dan ketika majlis tersebut, kelihatan tiada siapa pun yang si wanita ini kenali malah kenalan satu batch pun tiada.

Akan tetapi, tiba satu saat datangnya seorang lelaki menegurnya. Lelaki tersebut juga datang tanpa kenalan. Keseorangan. Setelah beberapa minit berbual, tiba-tiba datangnya seorang kanak-kanak lelaki menegur lelaki tersebut. “Ayah…”

Wanita itu sedikit terkejut dan kecewa, kerana lelaki itu telah berpunya. Oleh disebabkan dengan sedikit keberanian untuk bertanya, wanita itu menanyakan dimanakah isteri lelaki tersebut, namun jawapan yang diterima itu sedikit sedih, tapi ia sebenarnya membuka ruang dan peluang pada wanita tersebut.

Sudah 2 tahun berlalu isterinya meninggalkan mereka berdua termasuk anak lelaki tersebut.

Mereka Mula Berkawan, Dan Setelah 3 Bulan Berkawan Mereka Bernikah.

***********

Begitulah tanda-tanda kecil yang Allah beri, yang kadang-kala tanpa sedar kita tidak mengambil peduli pun tanda-tanda tersebut. Antara contoh lain, tergerak hati mengikuti majlis bersama-sama kawan, dipindahkan ke tempat kerja yang lebih bagus atau lebih jauh, mengikuti majlis kenduri jika mak sendiri yang memaksa dan seumpama dengannya.

Syarat utamanya adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.

Seperti firman Allah SWT;

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen