“Lelaki Pantang Dicabar…” Lelaki Mahu Dihargai Oleh Pasangannya Dengan Antara 16 Perkara Ini.

Kadang-kala ada sahaja sikap wanita yang membebankan perasaan lelaki. Mahu menegur nanti dikatakan tidak sayang, jika tidak menegur kesilapan pula tidak diambil peduli. Dalam hubungan, jadilah wanita yang bijak dalam menguruskan emosi supaya sentiasa disayangi oleh pasangan.

Antara perkara yang lelaki mahu dihargai adalah...

1. Apabila pasangan meminta maaf dengan seikhlas hati, terima dengan hati terbuka dan kasih sayang. Jangan jual mahal kerana kebanyakan lelaki sangat ego untuk meminta maaf. Jika situasi ini berlaku, ini bermakna pasangan anda sanggup menundukkan egonya untuk anda.

2. Wanita kan peka dengan perasaan orang sekeliling, jadi sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati perasaan dan terlihat pasangan tarik muka, segera MINTA MAAF.

3. Jika pasangan terlupa melakukan sesuatu, jangan la tiba-tiba merajuk berpanjangan, maafkan si dia kerana lelaki memang benar-benar mudah terlupa.

4. Jangan terlalu cepat menghukum dan menilai pasangan jika si dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

5. Kebanyakan lelaki rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama pasangannya. Justeru itu jangan mudah berkecil hati sekiranya pasangan kurang melayani anda bercakap.

6. Jangan mencabar dan menguji kelakian pasangan anda kerana ia seolah-olah anda tidak mempercayai kebolehannya.

7. Jika berlaku perselisihan faham, krisis atau bertengkar dengan pasangan, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.

8. Jangan suka mengenang rekod lama pasangan dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

9. Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui. Lelaki akan berkecil hati bila pasangannya menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yang dipersetujui.



10. Kebanyakan lelaki berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada pasangan. Oleh itu wanita perlu 'membaca' perlakuan lelaki tersebut yang menunjukkan kasih sayangnya. Jangan paksa suami atau teman lelaki anda untuk menyatakan perasaan sayang, rindu atau cinta. Ingat! Hanya 'Lelaki bermasalah sahaja tidak sayangkan pasangannya’

11. Kaum wanita mempunyai kelebihan dalam memahami pasangan tetapi hakikatnya kebanyakan kaum lelaki menghadapi kesukaran memahami pasangannya.

12. Cemburu tanda sayang. Namun jangan terlalu cemburu terhadap pasangan kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

13. Lelaki juga memerlukan pujian dan kata-kata semangat setiap hari. Jika mahu pasangan anda menjadi romantik dan tidak henti-henti mencurahkan kasih sayang, puji lah pasangan anda setiap hari.

14. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta. Wanita akan meminta nasihat untuk BERMANJA tetapi bila lelaki meminta nasihat dia beranggapan itu satu KELEMAHAN.

15. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yang mungkin salah.

16. Doa dan tawakal kepada Allah semoga hidup anda berdua kekal bahagia dunia akhirat untuk mereka yang telah berkahwin, dan yang ingin menamatkan zaman bujang, berdoa untuk menetapkan hati masing-masing semoga berkekalan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen