“Jangan Terburu-Buru Menceraikan Isteri…”  5 Perkara Utama Lelaki Wajib Tahu, Sebelum Tergopoh-Gopoh Meminang Wanita.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, lelaki yang telah bergelar suami malah pada lelaki yang bakal bergelar suami perlu elak dari melakukan 5 perkara ini dalam perkahwinan…

1. Jangan sombong dalam melakukan urusan rumah tangga.

Kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki zaman sekarang, kerana merasa diri tidak macho apabila melakukan kerja-kerja wanita, anggapnya. Padahal Rasulullah SAW sendiri tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya di rumah. Ketika Aisyah RA ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah SAW, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat” (H.R. Bukhari)

2. Jangan menyebarkan rahsia atau aib isteri.

“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (H.R. Muslim)

Jelas dalam hadis diatas, haram seorang suami menyebarkan perkara yang memalukan isteri terutamanya hal di tempat tidur, dan setiap perincian pada badan isterinya.

3. Jangan terburu-buru menceraikan isteri.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Ada 3 hal yang kesungguhan dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Adakalanya perselisihan rumah tangga boleh menjurus ke arah perceraian. Namun jangan sama sekali menjadikan cerai sebagai cara menyelesaikan masalah.

Pemimpin harus berfikiran rasional bukannya terlalu emosional sekiranya berlaku pergaduhan, fikirlah kemungkinan cerai itu akan menyebabkan beribu sesalan di kemudian hari.

4. Berpoligami secara tidak adil.

Seperti Allah SWT berfirman;

“…Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”(An-Nisa’: 3)

Allah juga telah berfirman, jika seorang suami TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL dalam apa jua keadaan dan situasi, lebih baik lupakan niat untuk berpoligami. Suami yang tidak adil boleh menyebabkan kerosakan dalam rumah tangga, menghancurkan anak-anak serta menambah permasalahan keluarga serta masyarakat.

5. Jangan tiada perasaan cemburu.

Cemburu yang bagaimana? Tidakkah seorang lelaki itu cemburu apabila melihat kecantikan isteri dipertontonkan di khalayak ramai terutamanya di sosial media? Meraih ‘like’ yang banyak, ramai pula komen ‘cantik’ pada post berkenaan. Atau merasa bangga apabila keindahan dan kecantikan isteri menjadi pameran?

Padahal wanita di mata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahannya hanya dikhaskan buat suami sahaja

“Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” (H.R. An-Nasa'i). Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen