Jangan Risau Menanti Jodoh Tiba, Yakin Lah Dia Akan Datang Apabila Tiba Masanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh adalah salah satu perkara yang sangat dinantikan oleh semua orang terutama bagi mereka yang masih belum mempunyai pasangan. Apabila umur semakin bertambah dan orang sekeliling mula bertanya “bila akan berkahwin?” ia pasti akak membuatkan hati sedikit gelisah. Menjadi tanda tanya bila jodoh kita akan tiba. Dalam segala usaha yang dilakukan, ia masih belum kelihatan hasilnya. Tetapi orang tidak mengerti, semakin banyak pertanyaan yang diberikan, hingga ia membuatkan kita sedikit tertekan. Tetapi satu hal yang pasti, bahawa jodoh anda telah tertulis di lauhul mahfudz.



1. Walaupun anda masih belum bertemu jodoh, itu tidak bermakna anda tidak mempunyai peminat dalam diam. Mungkin anda sudah biasa dengar apabila seseorang itu lambat bertemu jodohnya, itu bermakna dirinya tidak laku, walaupun anda belum bertemu seseorang itu tidak bermakna anda tidak laku. Mungkin pada masa yang ada ini, anda diberi peluang untuk mengubah diri anda ke arah kebaikan agar anda bertemu jodoh yang baik. Anda perlu yakin bahawa, setiap manusia yang telah diciptakan oleh Allah ini adalah berpasang-pasangan, cuma masanya sahaja belum tiba.

2. Anda harus percaya bahawa anda akan bertemu dengan pasangan yang melengkapi jiwa anda pada masa yang tepat. Tidak lambat dan tidak cepat tetapi dalam keadaan anda bersedia. Mungkin ia akan membuat anda berteka teki bagaimana jodoh anda nanti, tetapi percaya lah jodoh anda tidak akan pernah tertukar. Jika anda tidak berjumpa pasangan anda di dunia ini, boleh jadi anda akan bertemunya di akhirat nanti.


3. Apa kata dalam anda sedang menunggu itu, cuba memperbaiki diri, serta berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Hal ini kerana, jodoh itu adalah cerminan diri kita. Bukan kah telah dikatakan bahawa seseorang yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga. Jadi dengan itu, cuba perbaiki tingkah laku, dan memperlajari lebih lanjut mengenai hati seseorang.

4. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah jodoh itu akan datang saat anda memerlukannya bukannya menginginkannya. Satu perkara yang perlu anda fahami, tidak kira bagaimana anda ingin mendapatkan jodoh anda jika tidak ada keizinan-Nya maka ia tidak akan berlaku. Dan satu perkara yang perlu anda fahami juga adalah jodoh itu akan datang apabila anda memerlukannya bukannya menginginkannya.

Jadi jangan pernah berputus asa dan menyerah dalam menanti jodoh ini. Teruskan berdoa dan berusaha untuk mencari jodoh yang sebenar. Tidak lupa juga perbaiki diri agar jodoh anda juga sedang memperbaiki dirinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen