Orang Yang Miliki 5 Tanda Ini Tidak Sesuai Jalinkan Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja yang akan sukakan perhubungan jarak jauh ini. Seorang yang menerima perhubungan jarak jauh ini adalah seseorang yang betul-betul kuat dan sentiasa bersedia dengan setiap cabaran. Bahkan mereka ini bukan seorang yang mudah mempercayai tanpa usul periksa, tetapi tidak ramai yang mempunyai kekuatan seperti itu. Sebelum anda mengambil satu keputusan untuk melibatkan diri dalam perhubungan jarak jauh ini, cuba lihat jika anda miliki lima tanda ini.



1. Tidak suka bercakap melalui telefon atau membalas mesej.

Pasangan yang berada dalam jarak jauh biasanya akan menggunakan telefon bimbit sebagai salah satu alat untuk saling berkomunikasi. Hal ini kerana segala perkara seperti pertemuan akan digantikan dengan panggilan telefon serta saling membalas mesej. Tetapi jika anda tidak mempunyai minat terhadap perkara-perkara ini, ia akan menyukarkan anda jalinkan hubungan jarak jauh ini. Perkara ini akan menimbulkan konflik pada masa akan datang.

2. Sukar berikan kepercayaan.

Sesetengah orang sememangnya mempunyai masalah untuk berikan kepercayaan terhadap seseorang. Sama ada masalah kepercayaan anda muncul disebabkan oleh masa lalu atau diri anda sendiri, jangan cuba untuk menjalani hubungan jarak jauh jika anda masih enggan membetulkannya. Kerana ia akan menjadi sangat sukar bagi anda untuk mempercayai pasangan anda apabila anda tidak dapat bertemu secara langsung.

3. Anda mudah berasa sunyi.

Jika pasangan anda tidak saling berjauhan mungkin agak mudah untuk hilangan kesunyian tersebut. Tetapi jika anda seorang mudah kesunyian, jangan buang masa anda dengan jalinkan perhubungan jarak jauh ini. Adalah lebih baik masa yang ada digunakan untuk memupuk persahabatan dengan orang lain dan mencari pasangan lain yang lebih berkaitan dan sedia untuk anda.


4. Anda seorang yang mudah rasa cemburu.

Pasangan yang jalinkan perhubungan jarak jauh ini biasanya perlu elakkan overthinking, insecure serta cemburu buta. Hal ini kerana, kehidupan pasangan akan juah berbeza dengan kehidupan anda. Anda akan lihat pasangan anda bergembira tanpa anda, dan berlainan dengan anda. Jika ia timbulkan perasaan yang tidak sepatutnya, anda tidak perlu libatkan diri di dalam perhubungan seperti ini.

5. Anda memilih hubungan yang tanpa komitmen.

Tidak ada masalah jika anda tidak mahu hubungan yang serius dan mempunyai komitemen. Gunakan peluang ini untuk mengetahui kriteria yang anda inginkan dari pasangan anda. Jika anda masih tidak tahu apa yang anda mahukan dan masih mahu mengalami hubungan lain tanpa komitmen, perhubungan jarak jauh ini akan menjadi beban berat bagi anda.

Jika anda mempunyai salah satu daripada lima perkara di atas, ia menandakan anda masih belum cukup kuat dan berani untuk libatkan diri dalam perhubungan jarak jauh ini. Adalah lebih baik, anda mencari hubungan yang lebih kurang memberi cabaran serta tidak berjauhan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen