“Suami Perlu Menjadi Tenang Ketika Isteri Membebel Bukannya Beremosi…” Tegur Lelaki Ini.

Terkedu bila ramai suami yang mengadu penat dan rimas dengar isteri membebel di rumah.

Ada juga yang sanggup curang kerana kononnya dah tak tahan dengar isteri membebel.

Tapi apa PUNCA isteri kerap membebel?

Pada awalnya ingat orang perempuan ni kuat membebel sebab memang suka suka, atau sebab fitrah wanita mesti mulut banyak cakap.

Tapi salah!

Mereka tak membebel tanpa sebab. Mereka hanya membebel bila mereka mahu suami 'dengar' bahawa mereka sedang rasa penat, rimas, sibuk dan stres menguruskan rumah seorang diri.

Perasan tak, makin kita buat dunno makin kuat dan panjang bebelan isteri..

Selalunya, isteri seorang sahaja yang sentiasa rimas dan tak keruan bila lihat anak-anak tak mandi, rumah bersepah macam rumah terbiar, timbunan baju belum basuh & lipat, barang sekolah anak belum pack, nak menyapu, nak masak.

Kita yang dengar deretan tugas ni pun dah rasa penat, apatah lagi isteri yang membuatnya rasa 2x ganda penat.

Ditambah pula dengan tekanan tempat kerja, tekanan peribadi dan tekanan dari anak-anak membuatkan emosi si isteri koyak dan memancut-mancut keluar suara merungut dan mengungkit hal lepas.

Lagi bahaya jika mereka pendam perasaan kacau tu dalam hati senyap-senyap. Masa ni benda kecil pun dah boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi. Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan jiwa kacau tu.

Sebab itu, saya ingin berpesan pada semua suami di luar sana jangan lah cepat melenting dan buruk sangka bila isteri membebel dan mengomel, sebaliknya bertenang dan jadi pendengar yang setia kerana setiap bebelan yang keluar dari mulut dia itu ibarat detoksifikasi racun yang merosakkan jiwa.

Bahkan ada kebaikan dengar isteri membebel ni. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan lebih kerap isteri membebel pada suami semakin kurang risiko suami menghidap penyakit kencing manis.

Lebih baik tadah telinga dengar bebelan tak rugi apa pun daripada dapat penyakit kencing manis rugi tak dapat makan manis-manis.

Nampak isteri membebel tak henti-henti jangan lari lesap ntah ke mana, cuba peluk isteri panggil duduk sebelah. Buat slow talk hati ke hati.

Pastikan keperluan fisiologi seperti makan, tidur dan rehat isteri kita cukup barulah perkataan yang keluar dari mulut mereka menyenangkan hati kita.

Suami patut jadi 'ubat' penenang bila isteri tak dapat kawal emosi, bukan jadi 'api' yang menambah derita emosi si isteri.

Tak akan jadi queen control pun jika suami tadah telinga dengar cakap isteri, malah lebih bahagia.

P/s : Saya percaya masih ramai yang selalu terikut-ikut dengan emosi dan sudahnya menyesal dengan tindakan terburu-buru. Belajar kenal dan kawal emosi supaya kita tak tunduk pada emosi sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen