Anda Bertuah Jika Memiliki Teman Lelaki Yang Manja, Kerana Ini Menandakan Si Dia Benar-Benar Mencintai Diri Anda.

Lelaki manja? Wanita akan mengatakan ‘A Big NO’ dengan lelaki yang manja ini. Bagi pandangan wanita, lelaki yang manja ini berpewatakan lembut dan mesti ‘Anak Mak’. Buang tanggapan buruk anda ini sekalian wanita, malah tukarlah persepsi anda bahawa lelaki manja ini sebenarnya ROMANTIK. Bukankah wanita sukakan pada lelaki yang romantik?

Lelaki manja berbeza dengan wanita yang manja. Wanita manja sering dikaitkan dengan suara yang seperti anak-anak kecil dan suka merengek, namun ia jauh sekali dengan lelaki manja. Lelaki manja tidaklah pula bersikap begitu, tetapi mereka ada cara dan gayanya yang tersendiri.

Jom kita lihat mengapa wanita amat bertuah jika memiliki pasangan yang manja…

1. Terlalu minat dengan diri anda.

Seperti yang kita tahu, apabila kita minat pada sesuatu barang atau pada seseorang, anak mata akan mula membesar seperti bersinar. Lelaki  manja juga adalah seorang yang clingy sebenarnya, tetapi dengan cara mereka iaitu dengan melihat terus pada mata anda. Mereka tidak henti-henti melihat diri anda dengan pandangan tersebut. Mata yang bersinar, mungkin hari-hari si dia angau dengan anda.

2. Sukar untuk marah.

Lelaki manja bukan lah seorang panas baran, kaki pukul jauh sama sekali. Anda akan lihat lelaki ini sukar untuk meluahkan perasaan marahnya, walaupun berlaku pergaduhan. Jika berlaku persengketaan antara dengan sahabatnya juga, si dia cuba untuk bertenang dan tidak terus menghamburkan kata-kata makian.

Dan apabila telah berkahwin, lelaki ini akan cuba memeluk erat isterinya, kerana tidak suka melihat pasangannya marah dan merajuk. Dengan cara begini juga sebenarnya si dia mahukan perhatian, dan tidak suka konflik yang terlalu lama.

3. Tidak kisah menonton filem romantik bersama anda.

Ada sebahagian lelaki terlalu memilih jika mahu menonton filem atau drama. Tidak semua lelaki suka menonton filem romantik kerana bagi mereka filem tersebut tidak bersesuaian dengan jiwanya yang kasar dan ganas. Dan, jika boleh mereka juga mahukan pasangan yang suka dengan drama yang thrill ini.

Namun, lelaki yang manja ini boleh juga menonton filem romantik kerana jiwanya amat memahami jiwa wanita. Malah mereka tahu untuk memberikan pendapat tentang cerita tersebut.

4. Bersifat romantik.

Bagi pandangan lelaki, lelaki yang manja adalah lelaki yang romantik. Lelaki yang tahu untuk mengambil hati wanita, tidak sahaja melalui perbuatan tetapi melalui kata-kata juga. Mereka tahu untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan, pada masa-masa yang tertentu. Dan mereka juga amat memahami jiwa dan hati wanita. Situasi ini terjadi mungkin kerana lelaki ini memiliki seorang bapa yang amat menyayangi ibunya. Didikan bapa pada ibunya juga, membuatkan lelaki ini mahukan didikan tersebut pada bakal isterinya suatu hari nanti.

5. Soft spoken.

Lelaki soft spoken ini amat disenangi oleh orang ramai. Kerana dirinya berjiwa romantik dan mudah memahami wanita, sudah tentu tutur bicaranya lembut dan mesra terhadap wanita.

Anda langsung tidak pernah mendengar si dia mengeluarkan kata-kata makian, carutan, lucah, walaupun dengan sahabatnya sendiri. Bukan bererti dirinya lembut, tetapi mereka tahu tiada motif pun untuk berkata-kata kotor dimana ini menandakan dirinya matang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen