Perkara Yang Dibimbangi Oleh Orang Lelaki Ketika Sedang Hangat Bercinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita lihat wanita sahaja yang mempunyai kebimbangannya yang tersendiri dalam perhubungan, sedangkan lelaki ini akan kelihatan lebih santai dan tenang seperti tiada apa yang patut dibimbangkan olehnya. Selalunya wanita akan bimbang beberapa perkara seperti penampilan mereka, tingkah laku serta layanan mereka. Wanita sentiasa mahu tonjolkan apa yang mereka ada agar disukai lelaki sehinggakan ia kelihatan agak berlebih-lebih. Tetapi lelaki pula bagaimana ye? Jom cari tahu apa yang dibimbangi oleh orang lelaki ini.



1. Bimbang akan fikiran rakan-rakan mengenai dirinya.

Boleh jadi apabila mempunyai teman wanita, lelaki akan mula mengurangkan masa untuk keluar bersama rakan-rakannya. Mereka mula membahagikan masa diantara rakan-rakannya serta teman wanitanya. Jadi mereka sudah pasti tidak mahu rakan-rakannya memikirkan satu hal yang buruk mengenai dirinya dan pasangannya. Sebab itu apabila pasangannya menyekat masa bersama-sama rakannya, dirinya akan mula sedikit berubah.

2. Bimbang akan kewangannya.

Menjadi orang lelaki ini kadang kala sedikit berat apabila dirinya terpaksa bertanggungjawab dalam segala hal. Walaupun belum berkahwin, mereka seolah-olah bertanggungjawab terhadap segala perbelanjaan teman wanitanya. Sebagai contoh, mereka akan bimbang jika tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa pasangannya menonton wayang, makan di temapat yang sepatutnya ataupun membelikan pasangannya beberapa barang setiap kali keluar.


3. Bimbang jika tidak mampu mengembirakan pasanganya.

Ramai lelaki akan bimbang adakah dirinya telah lakukan yang terbaik buat pasanganya atau pun tidak. Telah menjadi keutamaan lelaki untuk mengembirakan pasangannya. Dirinya ingin tahu adakah pasangannya itu benar-benar gembira bersamanya ataupun sebaliknya. Hal ini kerana, dirinya merasakan pasangannya itu sepatutnya mendapat orang yang lebih baik dari dirinya jika pasangannya itu terlalu baik untuknya.

4. Bimbang apa yang bakal difikirkan oleh keluarga pasangan.

Siapa sahaja tidak bimbang tentang apa yang bakal keluarga pasangannya fikirkan. Kalau boleh, dirinya pasti mahu menunjukkan bahawa dirinya mampu membahagiakan pasangannya di masa hadapan. Bukan itu sahaja, dirinya juga tidak mahu keluarga pasangan memikirkan satu perkara yang buruk mengenainya yang secara langsung akan menghilangkan kepercayaan terhadapnya.

Ini adalah bebeberapa perkara yang dibimbangi oleh seorang lelaki, tetapi banyak lagi perkara-perkara kecil yang mereka bimbangi. Sebagai contoh, gaya penampilan mereka serta ketakutan mereka sekiranya kembali bersendirian lagi. Jadi jangan kata lelaki ini lebih tenang tetapi di dalam hati mereka tiada yang tahu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen