Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Merisik? Jom Baca!

Masyarakat melayu sangat sinonim dengan adat MERISIK ini, sama ada ta’aruf melalui pihak ketiga, atau empunya diri terus berjumpa dengan pasangan. Secara dasarnya merisik ini adalah untuk mengetahui jika seseorang tersebut telah berpunya atau tidak, jika benar masih bujang maka boleh teruskan dengan proses ta’aruf.

Pada zaman dahulu, merisik dilakukan oleh pihak lelaki yang diwakilkan ahli keluarga terus ke rumah wanita. Namun pada zaman sekarang, segalanya telah berubah. Oleh kerana adanya platform seperti sosial media, pihak ketiga seperti sahabat baik boleh ‘merisik’ melalui facebook, twitter atau instagram. Malah ada juga terus bertanya pada empunya diri tentang statusnya.

Merisik menurut Islam amat disarankan kerana mahu menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon. Dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar.

Rasulullah SAW kemudian bertanya:

“Adakah kamu telah melihatnya?”

Jawab pemuda itu, “Belum.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “Lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.” (Hadis Riwayat Muslim : 3550)

Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah SAW sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk merisik dan melihat wajah bakal isterinya. Tujuan risikan tersebut adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.

JOM KETAHUI CARA-CARA DAN TIPS UNTUK MERISIK…

1. Pilih wakil yang sesuai.

Jangan salah pilih wakil, nanti ada pula yang menjadi perampas atau batu api. Oleh itu pilihlah wakil daripada ahli keluarga sendiri yang sesuai untuk anda menyatakan hasrat hati untuk merisik seseorang. Wakil juga perlulah seorang yang anda boleh percaya dan memegang amanah.

2. Menjaga batas dan kelakuan.

Oleh kerana itu dalam Islam tidak salah untuk bercinta, tetapi tidak boleh ‘couple’ kerana mahu menjaga batas dan kelakuan. Couple atau berpacaran ini adalah apabila pasangan berdua-duaan hingga boleh menimbul fitnah. Jadi, jika mahu bertanya soalan pada pasangan, tanya melalui sahabat, ahli keluarga atau whatsapp. Jika melalui telefon bimbit, elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.

3. Jangan terlalu berharap.

Jangan terlalu meletakkan harapan pada manusia, tetapi letakkan harapan pada Ilahi. Oleh itu semasa proses merisik ini, berdoa lah tanpa jemu pada Allah SWT, untuk melihat sama ada calon pilihan adalah Jodoh anda, atau ujian semata-mata yang Allah turunkan.

Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti.

4. Menghormati keputusan.

Khusus pada mereka yang telah merisik tetapi tidak berjaya, terima lah dengan hati terbuka. Oleh sebab itu kita tidak boleh terlalu berharap, dan perlu menghormati keputusan yang telah dibuat. CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA. Carilah hikmah mengapa anda tidak berjodoh dengan si dia.

Ingat pepatah Melayu, Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen