Berkahwin Bukannya Pengakhiran Sebuah Percintaan Tetapi Permulaan Cinta Sejati…

Oleh: Zuzu Yasmine

Memulakan satu perhubungan dengan percintaan dan berakhir dengan perkahwinan bersama pasangan yang dicintai itu adalah idaman setiap orang. Ramai yang berpendapat apabila sudah berkahwin, ia adalah pengakhiran sebuah cerita cinta mereka. Bahkan ramai ada yang beranggapan bahawa perkahwinan itu hanya melibatkan tanggung jawab yang berat yang perlu ditanggung oleh kedua-dua belah pihak. Adakah selepas berkahwin, masing-masing tidak boleh berkelakuan seperti sedang bercinta dahulu? Atau setiap pasangan perlu berubah apabila terpaksa memikul tanggungjawab?



Sebenarnya, apabila anda sudah bergelar suami atau isteri seseorang, maka ia adalah satu permulaan hubungan cinta yang lebih dari segala-galanya. Ramai yang menyatakan apabila sudah berkahwin, suami atau isteri sudah tidak seperti dahulu. Dan masing-masing mula bersikap lebih serius berbanding dalam waktu bercinta. Maka timbul lah perkara-perkara seperti ini.

“Suami sudah tidak romantik seperti waktu bercinta.”

“Isteri sudah tidak cantik seperti dulu.”

Apa kata apabila sudah berkahwin ini, lakukan sahaja amalan seperti biasa bersama pasangan anda. Jangan pernah untuk merasakan perkahwinan ini satu hal yang penuh tanggungjawab. Jika dahulu anda rajin membantunya, dalam apa jua masalah maka kekalkan ia. Letakkan tanggungjawab itu sebagai hal yang kedua tetapi jangan masing-masing lupa tanggungjawab pula ye.


Mungkin ramai yang merasakan berkahwin ini adalah satu perkara yang penuh dengan tanggungjawab adalah kerana, ramai yang terlalu memikirkan untuk menjadi pasangan yang terbaik buat pasangan masing-masing. Walhal, ketika masa bercinta dahulu, anda sudah tetu menjadi pasangan terbaiknya sehinggakan sekarang ini menjadi suami atau isteri pasangan.

Terdapat sedikit sahaja perubahan selepas berkahwin ini, di mana anda lebih mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. Tetapi jika tanggungjawab yang ada itu dikongsi bersama, sudah pasti ia bukan lah satu hal yang sukar. Si suami jangan gunakan alasan bahawa anda telah berikan isteri hantaran yang banyak dan mahal, itu yang menyebabkan anda sudah kurang membantunya. Manakala, si isteri pula jangan beranggapan bahawa suami anda itu tiada masalah sebab itu anda kurang memahaminya.

Kesimpulannya, perkahwinan ini bukan menamatkan percintaan kalian tetapi ia adalah satu permulaan baru di mana kalian sedang bergerak ke arah cinta sejati.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen