Apakah Hukum Seorang Suami Mengaku Dirinya Bujang? Jom Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah berkahwin, baik suami atau isteri perlu menjaga tutur kata serta adab mereka agar tiada perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Pernah tidak kita dengar seorang lelaki itu bergurau senda dengan rakan-rakannya dan akhirnya terlepas dari mulutnya yang dirinya bujang. Sebagai contoh, “aku masih bujang lagi, biasa la bini jauh.” Jika pasangannya mendengar sudah pasti akan berkecil hati. Tapi apabila seorang lelaki menyatakan ayat seperti ini apakah hukumnya? Mari kita ketahui persoalan ini berdasarkan soal jawab berikut.



Soalan:

Assalamualaikum ustaz.

Saya ada satu soalan nak tnya ustaz. Ada seorang hamba Allah datang bertanya kepada saya. Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dgn membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantic-cantik sedangkan hanya ke airport. Dan si suami membalas dengan berkata, "nak keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ini.” Tapi hakikatnya hanyalah dengan niat gurauan tanpa ada maksud begitu.

Adakah kata-katanya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia? Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dengan gurauan, hakikatnya telah jatuh talak. Boleh tuan jelaskan. Sangat berharap tuan boleh memberi penjelasan tentang perkara ini.


Jawapan:

Waalaikumusslam wbt,

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Sighah Sarih.

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.

Kedua: Sighah Kinayah.

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

• Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.

• Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.

• Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.

• Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.

Begitulah seterusnya.

Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan.

Wallahua’lam.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen