Jom Ketahui Adakah Si Dia Yang Sedang Anda Kenal Ini Calon Suami Atau Hanya Sekadar Teman Lelaki?

Oleh: Zuzu Yasmine

Adakah anda sedang berkenalan dengan seseorang? Wah tahniah!. Tetapi jangan terlalu suka dahulu, pada saat ini sudah pasti anda sedang mencari seseorang yang sesuai dijadikan calon suami bukan? Adakah anda lihat si dia itu sesuai untuk dijadikan calon suami atau di sekadar sesuai dijadikan teman lelaki? Mari kita lihat perbezaan seseorang yang sesuai dijadikan calon suami atau sekadar teman lelaki. Jom ketahuinya.



1. Cuba lihat gaya percakapan dan kelakuannya. Jika dia pernah menjerit terhadap anda serta menggunakan kata-kata yang kesat ia bukanlah seseorang yang sesuai dijadikan calon suami. Terutama jika dia juga turut menggunakan kekerasan terhadap anda. Lelaki yang sesuai dijadikan calon suami adalah seseorang yang tidak bertindak biadap ke atas anda walaupun diri dalam keadaan marah.

2. Dirinya tidak berminat untuk berkenalan dengan rakan-rakan anda? Di situ anda boleh lihat bahawa dirinya tidak mahu berkenalan dengan lebih mendalam mengenai anda. Jika dia berminat untuk berkenalan dengan rakan terdekat anda, itu bermakna dirinya mula ingin tahu lebih mandalam mengenai anda, dan anda tidak sekadar untuk dijadikan persinggahan.

3. Setiap kali anda bercerita terhadap perkara yang anda minat dirinya hanya mendiamkan diri serta tidak menunjukkan apa-apa reaksi? Malah dirinya lebih suka menceritakan mengenai dirinya serta apa yang dia minat. Seseorang yang sesuai dijadikan calon suami adalah seseorang yang cuba menjadi pendengar yang baik kerana ingin memahami anda ini bagaimana orangnya.



4. Apabila diri anda berhadapan dengan masalah, apa yang dirinya lakukan? Jika dia hanya melarikan diri dari menghulurkan bantuan ia bukan lah seseorang yang sesuai untuk anda. Seseorang yang sesuai dijadikan suami adalah seorang yang menyokong anda disaat anda senang mahupun ketika dalam kesusahan.

5. Jika kalian bergaduh, adakah dirinya hanya mendiamkan diri dan malas melayani segala perbincangan? Jika ya, ia bukan lah pasangan yang baik. Jika dirinya sesuai dijadikan calon suami dia seharusnya memohon maaf terhadap kesalahannya ataupun melakukan perbincangan dengan baik dalam permasalahan tersebut.

6. Pernah membawanya berjumpa ibu bapa anda? Jika belum, cuba untuk mengajaknya berjumpa orang tua anda. Tetapi jika diriya menolak, itu menandakan bahawa dia masih belum bersedia untuk satu hubungan yang serius bahkan dia tidak sesuai dijadikan calon suami.

Seseorang yang sesuai dijadikan calon suami atau sekadar hanya teman lelaki ini amat lah berbeza. Mana tidaknya, seseorang yang serius terhadap anda akan memberi layanan yang baik serta anda boleh lihat kesungguhan mereka ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen