“Serik Nak Bercinta Sebab Asyik-Asyik Putus, Tak Pernah Kekal Lama…” Jom  Ketahui Sebabnya.

Dikalangan kita pasti ramai sahaja yang mengalami situasi sebegini. Apabila melihat rakan-rakan yang lain, bercinta dari zaman sekolah boleh sahaja berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Dan ada juga berkenalan pada masa yang singkat, terus mengikat tali pernikahan. Tetapi anda?

Sudah banyak kali bercinta, semuanya tak sangkut. Semuanya tidak kekal lama. Bak kata orang tua pada zaman dahulu ‘Kena badi’ atau ‘Kena mandi bunga’ supaya jodoh melekat.

Sebelum terlalu cepat mencari pengganti seperti kata orang “Cepatnya dapat pengganti, tapi bila nak kahwin?”  tanyakan pada diri dahulu;

“Apakah yang perlu diperbaiki dalam diriku?”

“Adakah masih terdapat kekurangan pada diriku?”

Jawab pada pertanyaan itu terlebih dahulu sebelum anda memulakan langkah baru. Dan jom ketahui mengapa hubungan cinta anda sukar untuk berkekalan…

1. Niat.

Tanya diri anda dahulu kenapa anda bercinta dengan si dia? Adakah sebab suka sama suka? Adakah kerana anda berasa tercabar apabila rakan sekeliling anda sudah mempunyai kekasih? Adakah ianya hanya sekadar untuk mengisi masa lapang anda? Atau kerana si dia cantik/tampan?

Inilah yang dimaksudkan dengan ‘niat’. Apa niat anda sebenarnya? Kalau niat anda bersama dengannya hanya sekadar suka-suka, ianya jelas anda tidak serius. Maka tidak hairanlah cinta anda hanya separuh jalan sahaja. Namun apa pula sekiranya anda menyatakan niat anda benar-benar ikhlas untuk berkahwin dengannya? Bagaimana pula dengan si dia? Adakah si dia juga memasang niat seperti itu?

2. Terlalu obses.

Obses atau terlalu clingy akan menyebabkan pasangan berasa rimas. Ada sahaja dikalangan kita suka pasangan membuat perkara sebegini kerana rasa dihargai, disayangi dan dicintai. Tidak kisah untuk obses pada pasangan, tetapi jangan terlalu mengongkong, mengawal pergerakannya seperti di penjara, nak pergi toilet pun perlu whatsapp. Jangan.

“I obsess dengan boyfriend i…”

Awal perkenalan sudah tentu semuanya manis, jika sudah setahun, pasti akan berasa jemu pula, kan? Jadi, seimbangkan hidup percintaan anda.

3. Mendesak.

Wanita kadang-kala memang suka mendesak pasangannya kerana mahukan perhatian. Tetapi kenal dulu pasangan yang jenis macam mana, jika mendesak diluar kemampuan mereka, susah la begitu. Contoh seperti, pasangan hanya memiliki motor untuk dinaiki bersama, jangan pula mendesak untuk laju seperti kereta F1. Mustahil kan. Jika pasangan dari golongan yang sederhana, usah mendesak tiba-tiba mahu menjadi jutawan.

Sayang macam mana pun tetapi kalau dah luar dari kemampuannya, pasti si dia akan berasa rimas. Tambahan pula desakan itu jugalah akan menganggu keharmonian sesebuah perhubungan. Lalu mereka memilih untuk berpisah sahaja. Siapa yang rugi?

4. Tidak serasi.

Banyak yang perlu diambil kira dalam soal keserasian terutama antara lelaki dan wanita. Antaranya latar belakang pendidikan, pekerjaan, taraf kehidupan, kepercayaan dan personaliti yang perlu dititikberatkan dalam mencari pasangan. Mungkin ianya nampak remeh tetapi apabila sudah berumah tangga kelak, persoalan inilah yang akan timbul antara si lelaki dan wanita. Malah melalui soal keserasian ini jugalah mampu menjadi punca kepada sesebuah perbalahan.

Perbezaan yang wujud antara anda dan pasangan haruslah perbezaan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

 “Tiada siapa yang dapat menjamin kekalnya sesuatu perhubungan itu melainkan Allah SWT”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen