Cara-Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Dalam Cinta Cyber.

Ada sebahagian daripada kita bernasib baik bertemu pasangan di laman mencari jodoh, di sosial media. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik, malah menjadi mangsa penipuan tidak kira pada lelaki mahupun wanita. Ini terjadi kerana adanya insan yang menyalahgunakan sosial media, untuk mengambil kesempatan.

Daripada anda tertipu, jom ketahui cara-cara untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa…

1. Jangan layan seseorang yang terlalu obses dengan anda.

Pernah anda berjumpa dengan seseorang yang secara tiba-tiba menegur anda secara peribadi. Jika tidak dilayan, bertubi-tubi pula ‘Hai’ dari si dia. Si dia nampak seperti terlalu terdesak mengharapkan balasan daripada anda.

Ikutlah naluri hati anda, jika anda lihat si dia seperti orang yang berbahaya dan tidak boleh dipercayai lebih baik anda menjauhkan diri dari melayan seseorang seperti ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda terpedaya dengan si dia meskipun anda tidak tahu apakah tujuan sebenarnya.

Mungkin hanya untuk berkenalan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melayan mereka yang terlalu obses dengan anda.

2. Jangan mudah bertukar nombor telefon atau maklumat peribadi kepada orang yang baru dikenali.

Kebanyakan daripada kita mudah memberi telefon pada orang yang tidak dikenali kerana mahu mencari kenalan baru. Malah terdesak pula mahu memiliki pasangan, kerana terlalu kesunyian. Walaupun terlalu sunyi, fikirlah keselamatan anda kerana melalui nombor telefon sahaja, si dia boleh menjejaki ke mana sahaja anda pergi. Hati-hati!

Malah yang bertambah buruk apabila si dia menggunakan nombor telefon anda itu untuk tujuan yang tidak baik. Maka waspadalah dalam setiap tindakan yang anda lakukan. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi anda kepada ‘kawan’ baru selagi anda belum benar-benar yakin tentang kejujurannya.

3. Jual mahal.

Ketika ini lah anda perlu jual mahal. Ini dinamanya jual mahal yang bertempat. Kerana anda belum lagi mengenali si dia dengan seratus peratus. Jangan termakan dengan kata-kata orang ramai yang mengatakan anda sombong dan susah untuk didekati, jika si dia benar-benar orang yang asing dan tiada ‘mutual friend’ sudah tentu anda harus berhati-hati.

4. Jangan mudah terpedaya dengan lifestyle mewah yang ditunjukkan.

Zaman moden yang hanya menggunakan Instagram sahaja, ramai yang tertipu dengan gambar-gambar yang serba mewah. Letakkan sahaja gambar yang gah dapat menarik perhatian orang ramai, pasti ada seorang daripada anda yang mudah tertipu. Elakkan daripada menjadi mangsa dengan mudah, terutamanya dengan kaedah sebegini.

Khusus kaum wanita kerana pasti ada sahaja yang meleleh air liur melihat si lelaki memuatnaik gambarnya dengan kereta mewah, kan? Apabila disapa oleh lelaki itu lalu sepantas kilat dibalasnya. Malangnya penipuan seperti itu lambat laun pasti akan terbongkar jua.

5. Periksa latar belakang kenalan anda itu.

Sukar untuk mengenali seseorang di sosial media, terutamanya jika anda dengan dia tiada ‘mutual friend’. Memang betul-betul orang asing, tiada kenalan yang mengenali dirinya. Oleh itu, ambil masa yang lama untuk berkenalan. Google dirinya malah gambar yang diberi, adakah si dia orang yang benar-benar tulen?

Yang penting ikut naluri hati anda sendiri dan berdoa banyak-banyak pada Allah, supaya tergerak hati untuk mengetahui kebenaran. Jika tulus dan ikhlas diri anda, pasti akan menemui seseorang yang ikhlas juga.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen