Serlahkan 4 Daya Tarikan Yang Tersembunyi Dalam Diri Anda Demi Memikat Hati Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai tarikan yang tersendiri, di mana ia adalah sikap secara semula jadi yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Setiap tarikan itu adalah berbeza. Ramai yang tidak tahu bahawa perkara yang ada dalam dirinya adalah tarikan. Mereka ingatkan ia adalah satu kelemahan. Anda sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak tonjolkan tarikan anda itu agar kelihatan lebih menarik.



Dalam mencari pasangan, setiap orang tidak mempunyai satu cita rasa yang sama. Jadi sudah pasti lah anda yang berbeza tarikan ini akan mampu menarik sesiapa sahaja yang anda bersesuaian dengan anda. Mari lihat, bagaimana untuk gunakan tarikan anda itu.

1. Pendiam.

Biasanya orang yang pendiam ini seorang yang berfikiran yang mendalam. Jadi, jika anda seorang yang pendiam, mungkin anda boleh gunakan kelebihan anda ini. Tidak semua orang sukakan pasangan yang banyak bercakap, ada sahaja lebih berminat terhadap yang senyap serta pendiam ini. Apabila anda pendiam anda seorang yang teliti, maka senang lah anda untuk lebih memahami pasangan anda. Sudah tentu anda akan teliti apa yang pasangan anda katakan, mengenai apa yang dirinya suka serta bagaimana dirinya berpenampilan. Dari situ, pasangan anda akan rasa seperti diberikan perhatian.

2. Pendengar.

Ada sering dijadikan tempat luah perasaan? Itu mungkin menandakan bahawa ia adalah kelebihan anda. Jadi anda boleh gunakan kelebihan anda itu dengan mendengar segala luahan isi hatinya terhadap masalah peribadi sama ada kerjaya ataupun orang disekelilingnya. Bukan hanya itu sahaja, anda juga boleh menjadi penasihat terbaik buat dirinya. Apabila dirinya perlukan pandangan, maka anda harus memberikan pandangan serta nasihat yang menyokong dirinya.



3. Petah berkata-kata.

Anda seorang yang suka bercakap serta berkongsi? Mungkin anda terdiri daripada seseorang yang pandai bercakap atau petah berkata-kata, biasanya pasangan seperti ini suka membebal tetapi anda boleh gunakan ia sebagai memberi nasihat kepada pasangan anda. Tahukah anda, apabila anda mempunyai keyakinan untuk berkata-kata, anda akan kelihatan lebih mempersonakan.

4. Seorang yang aktif.

Seronok mempunyai pasangan yang aktif ini. Mana tidaknya, pasti pelbagai aktiviti yang ingin dirinya lakukan bersama anda. Bahkan hubungan yang terbina itu juga tidak akan mudah untuk terasa bosan. Jadi walaupun anda merasakan anda lasak dan tidak ada yang mahu, jangan riasu pasti ada jodoh untuk anda.

Jadi keempat-empat ini adalah daya tarikan anda. Anda perlu bijak menggunakannya untuk memikat seseorang yang anda sukai. Tetapi ingat jangan terlalu berlebihan pula, nanti pasangan anda berasa tidak selesa dengan kelakuan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen