Kita Hanya Dapat Mengenali Seseorang Dengan Lebih Rapat Adalah Setelah Berkahwin.

Ketika kita mula mengenal seseorang, apa yang kita harapkan dari pasangan adalah cinta semata-mata. Tiada cinta, mulalah hati gelisah memikirkan hati yang telah tawar. Semasa bercinta terlalu terkejar-kejar, pasangan mana yang paling romantik atau lelaki mana yang sanggup meredah lautan api kerana lelaki itu patut dijadikan suami. Namun, semuanya mahu melihat pada PERMULAAN, tetapi tidak pada PENGAKHIRAN.

Itu lah yang dimaksudkan, hanya melihat perkara yang terjadi pada jangka masa yang pendek, tetapi tidak pula melihat dalam jangka masa yang panjang.

Ramai juga yang melihat perkahwinan adalah SATU HARI sahaja, dimana majlis persandingan yang gah, namun tidak ramai melihat apakah kesan yang akan berlaku SETELAH BERKAHWIN.

DUDUK SEBUMBUNG BARU KENALI SISI PASANGAN.

Oleh sebab itu, kita hanya mengenali seseorang apabila setelah berumah tangga.  Duduk sebumbung, tidur sekatil, makan sepinggan. Ketika ini keburukan pasangan yang sekecil bakteria pun anda akan mampu melihat. Dan anda seolah-olah adakah dia yang anda kenali pada awal perkenalan? Macam tak kenal pula, kan?

Pada fasa ‘bulan madu’ sudah tentu semuanya manis sahaja. Berenggang tidak mahu, pergi kemana-mana pasti mahu berdua tidak boleh berpisah. Namun setelah melepasi fasa tersebut, setiap pasangan pasti akan menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Jika perkahwinan yang dibina mementingkan ‘Kita’ dan bukannya ‘Saya’, Insya Allah hubungan akan dapat diselamatkan.

Cuba pada waktu ketika itu, anda mengenali sikap pasangan yang sebenar, dan semuanya hanya lah ‘saya’ sahaja. Pasti tiada lagi kata-kata sweet yang anda mahu dengar lagi. Semua perubahan sikap pada pasangan, anda bagaikan benci dan menyampah untuk melihat. Jadi, mana janji-janji ketika akad nikah, pada suatu masa dahulu? Janji tinggal janji?

TINGGAL DENGAN AHLI KELUARGA JUGA SENTIASA BERGADUH.

Anda perlu ingat, ahli keluarga yang rapat dengan anda juga, apabila duduk sebumbung boleh bertelagah, inikan pula insan yang anda baru sahaja kenal beberapa bulan. Bukannya kenal daripada kecil, tetapi kenal ketika umur anda sudah pun meningkat jauh.

Dengan sahabat baik juga mempunyai pendapat yang berbeza, inikan pula kekasih hati yang memang jauh berbeza dari semua aspek, termasuklah perbezaan jantina. Jadi, ambil iktibar dari hubungan dengan ahli keluarga dengan sahabat baik anda.

Jika berlaku pergaduhan, adakah anda terus membuat keputusan berpisah dengan mereka? Sudah tentu tidak bukan. Sudah tentu ia akan mengambil masa untuk menyelesaikan konflik tersebut. Dah sayang, mana boleh berpisah. Amalkan konsep sebegitu dengan pasangan yang anda cintai.

Oleh kerana itu, dalam hubungan bukan hanya mengharapkan PERCINTAAN semata-mata, tetapi memerlukan PENGORBANAN di antara pasangan. Untuk mengenali antara satu sama lain, bukannya mengambil masa yang singkat, setelah berkahwin juga anda perlu mengenali perubahan sikap pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen