“Dalam Perkahwinan Kasih Sayang Sahaja Tidak Cukup, Tetapi Memerlukan Belas Ihsan Juga” Jom Ikuti Perkongsian Dari Wanita Ini.

Perkahwinan tidak perlukan kematian untuk mengingati kebaikan. Perkahwinan itu sendiri satu kebaikan. Selagi hidup bersama dalam perkahwinan, maka cubalah untuk hidup dalam kebaikan.

Memang penting bagaimana jalan ke arah perkahwinan itu bermula, tapi lebih penting bagaimana untuk sustain (meneruskan, kelangsungan) apabila sudah berada di dalamnya.

Sepasang suami isteri dilahirkan berbeza, lelaki-perempuan. Yang menghalalkannya adalah pernikahan, tapi yang mengikat pernikahan itu adalah belas ihsan. Dari sinilah lahirnya rasa kasih sayang, tanggungjawab dan juga toleransi.

Mesti pernah dengarkan, wujud kes perkahwinan, percintaan yang berakhir dengan penganiayaan, kecederaan, pembunuhan, walaupun pasangan saling menyayangi sehingga tahap obses.

Ini kerana kasih sayang sahaja tidak mencukupi dalam hidup berpasangan, perlu ada kesedaran - common sense yang membentuk belas ihsan. Belas ihsan ini seumpama satu deria tambahan bagi pasangan yang berada dalam sebuah perkahwinan.

BAGAIMANA MENGHIDUPKAN DERIA BELAS IHSAN INI?

Dengan mengingati kebaikan pasangan. Keburukan dia kita simpan di suatu sudut, kecualilah yang sudah tidak boleh tolerate (penderaan, penganiayaan atau maksiat contohnya).

Kaji kesukaan pasangan, sisi baiknya. Bukanlah menyuruh tutup mata pada segala keburukannya, tapi sentiasa letakkan diri dalam kewajaran, consideration bahawa bila dia ada kelemahan, pasti dia juga ada kebaikan.

Bila hendak bergaduh, timbangkanlah segala kebaikan. Andai belum sampai tahap dosa atau mendera (fizikal, mental), selagi upaya, menangkanlah kebaikannya. Bila bergaduh lagilah perlu fikirkan kebaikan pasangan. Bukan simpan keburukan untuk jadi modal pergaduhan. Apabila terjumpa perkara yang membuat sesama sendiri berasa tidak senang, cepat-cepat selesaikan secara tenang, dibawa berbincang.

Jika sekalipun suami isteri sejak dari awal saling bersetuju untuk hidup seadanya, dengan gaji kecil misalnya, tidak mampu bagi kereta impian, sudah 20 tahun berkahwin pun masih tinggal menyewa, tidak mampu belikan isteri iron philip idaman apatah lagi ambilkan pembantu rumah, perlu juga tunjukkan penghargaan secara perbuatan - gesture.

Every little thing, every little gesture counts.

Nampak isteri masak 4 jenis lauk, dengan pakai baju kesan kunyit bertampuk cili giling, rambut serabai, lepas itu terkejar-kejar susukan anak, sambil lipat kain. Katakan kepada isteri "Kesian awak penat". Kadang-kadang orang perempuan ini tidak payah dipicit bahu, baru dengar suami ucapkan ayat yang penuh empati, boleh hilang lenguh kaki berdiri memasak tadi.

Isteri pun, rajin-rajinlah luah pada suami apa yang awak mahu. Kadang-kadang ada suami ini, dia bukan jenis tidak peduli, tidak memahami, cuma dia tidak reti. Suami cuba, tapi isteri kata salah juga. Ada suami nampak isteri kalut mandikan anak, sambil memasak, suamipun ambil anak, dipakaikan baju, sekali isteri kata tidak betul, baju itu baju pergi jalan, baju duduk rumah bukan yang itu.

Lama-lama suamipun takut hendak mencuba sebab takut salah, menyusahkan isteri pula. Jadi isteri kena beritahu tidak boleh anggap suami sedia tahu. Ada suami tidak pandai hendak baca kehendak isteri walaupun dia bersedia untuk membantu.

Mahu bunga, cakap hendak bunga. Hendak bermanja macam budak remaja, cakap. Pukul 2 pagi hendak ajak dia teman turun dapur minum air, cakap. Hendak tengok movie bersama, cakap. Hendak berjalan berpimpin tangan macam pengantin baru, cakap.

Hendak dengar dia cakap sayang, sayang berapa banyak ke, sayang macam mana ke, tanyalah dia sayang ke tidak. Kalau hendak dengar setiap hari, tanya setiap hari. Hendak dengar setiap hujung minggu, tanya setiap hujung minggu.

Hendak tunggu dia cakap sendiri memanglah kena tunggu ada peristiwa besar berlaku dulu. Awak pucat-pucat baru lepas meneran bersalin baru dia cakap. Itupun kalau dia teringat. Kalau tidak teringat sebab gelabah, tangan masih ketar lagi baru lepas tengok isteri bersalin, nama dia sendiripun entah dia lupa.

Ingatlah, sepasang suami isteri tidak sama dari segala segi - fizikal, mental, perlakuan dan cara pemikiran, maka bila mahu difahami, berilah ruang untuk memahami dengan menawarkan kefahaman. Jangan menganggap suami atau isteri sedia tahu apa yang dimahukan. Kalau belah dada operate hati sekalipun, apa yang kita benar-benar mahukan tidak akan mampu berada dalam pengetahuan pasangan tanpa kita berusaha memahamkan.

Jangan pandang ringan isu-isu yang kononnya remeh tetapi berpotensi jadi besar bila 'accumulated'. Kebiasaannya, ada perbezaan perspektif, suami memandang isu sebagai remeh, isteri menganggapnya sebagai besar. 'Mismatch' ini akan menjadi bala dalam rumahtangga jika tidak diselesaikan. Suami, tolong jangan remehkan semua perkara. Isteri, tolong jangan pendam sampai meletup kepala.

Otak orang lelaki tidak berkerja macam orang perempuan. ORANG PEREMPUAN MEMANG SKIL SEMULA JADINYA ATTENTION TO DETAIL, ORANG LELAKI PULA HAVE TO BE ASKED IN DETAIL TO PAY ATTENTION.

Dinamik perkahwinan adalah membahagi-bahagikan tugas dan peranan, saling melengkapi dengan ihsan (complimentary to each other). Bila berbincang, ada tukang tanya, ada tukang jawab. Bila berbual ada bercakap ada mendengar. Bila berbaik, ada memuji, ada tersenyum dipuji.

Perkahwinan adalah menjalani kehidupan dengan ihsan, melengkapkan ihsan dengan kebaikan, mengenang kebaikan dengan penuh kebahagiaan.

Bersungguh-sungguhlah dalam saling membahagiakan, mudah-mudahan bila tiba masanya, kebahagiaan yang terbina dari kebaikan atas dasar ihsan ketika di dunia, dapat menghimpunkan kembali sebuah keluarga di syurga.

******** Semoga Ia Bermanfaat********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen