Ketahui 5 Perkara Yang Boleh Berubah Kerana Orang Yang Dicintai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita dengar bahawa kita perlu menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Bahkan, apa yang disukai itu juga tidak perlu dihalang malah disokong. Bukan itu sahaja, mencintai seseorang itu adalah berdasarkan diri mereka sendiri bukan mengubah mereka menjadi apa yang kita inginkan. Tahukah anda bahawa sikap seseorang itu sememangnya tidak boleh berubah tetapi ada beberapa perkara yang akan mereka ubah secara sukarela demi anda. Mari ketahuinya.



1. Hobi.

Setiap orang mempunyai hobi yang mereka telah lakukan sebelum bertemu dengan pasangannya lagi. Bahkan ada juga yang terlalu obsess dengan hobi mereka. Tetapi jangan terkejut jika dia meninggalkan hobi yang lama, malah memulakan hobi yang baru bersama-sama anda.

2. Sikap buruk.

Setiap orang mempunyai sikap yang buruk yang dirinya merasakan ia bukan satu perkara yang boleh diubah. Sebagai contoh, sikap tidak suka mengemas, sikap suka datang lambat ataupun sikap malas memasak. Tetapi dengan kehadiran cinta ini boleh mengubah mereka yang mempunyai sikap buruk menjadi orang yang lain. Jika dahulu dirinya adalah orang yang lambat kini, dia adalah antara orang yang datang awal ke pejabat. Jangan terkejut pula nanti ye.

3. Bagaimana melihat masa depan.

Jika dahulu anda atau pasangan anda tidak kisah akan masa depan masing-masing, tetapi sejak kehadiran orang baru di hati anda. Masa depan itu begitu penting, bahkan anda juga mula mengubah pandangan anda mengenai masa depan anda. Hal ini kerana, anda mula membayangkan sesuatu yang membahagikan pada masa depan anda.



4. Masa yang terluang bersama rakan-rakan.

Ketika anda memegang status single sudah pastilah anda banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan anda. Hal ini kerana, diri mereka sahaja pengubat dikala anda kesepian. Tetapi apabila sudah mempunyai pasangan ini, sudah pasti lah anda mula mengurangkan masa bersama rakan-rakan anda. Ini kerana, anda mula ingin menghabiskan masa yang banyak bersama pasangan anda.

5. Bagaimana untuk pertahankan diri yang betul.

Ada kala anda akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati apabila terlibat dalam pergaduhan atau salah faham. Tetapi apabila anda mula menjalinkan perhubungan ini, anda mula menjaga bahasa anda agar hujah anda itu diterima dengan baik oleh pasangan anda. Bahkan anda tidak mahu melukakan mereka dengan kata-kata yang menyakiti hatinya.

Mungkin ada yang lihat ini adalah sebagai satu perubahan yang kecil tetapi setidak-tidaknya dirinya mahu berubah demi anda. jadi hargai sahaja setiap perubahan yang dilakukan. Mana tahu lama kelamaan dirinya berubah seperti yang anda mahukan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen