Antara Alasan Kenapa Teman Lelaki Anda Masih Tidak Berani Mengajak Untuk Berkahwin.

Sudah lama bercinta dan menjalinkan hubungan, teman lelaki anda masih lagi tidak mengajak anda untuk berkahwin. Menghantar tanda pada ahli keluarga pun anda masih tertanya-tanya, adakah teman lelaki anda tidak serius dalam menjalinkan hubungan sebenarnya?

Perkahwinan bukan sahaja membuatkan seseorang itu perlu bersedia dari segi kewangan, malah fizikal dan mental diri lelaki tersebut perlulah stabil untuk menyunting kekasihnya. Banyak pertimbangan membuat sesetengah orang memilih untuk menangguhkan perkahwinan sehingga mereka benar-benar bersedia.

Memang benar, setiap orang tidak bersedia untuk menempuh alam rumah tangga ini. Ramai juga yang menasihati bahawa, “Jika dari sekarang tidak bersedia, sampai bila-bila pun memang tak sedia bro..”. Kerana memang benar ramai sahaja dari kalangan kita sebenarnya tidak bersedia untuk berkahwin, namun pengakhirannya majlis perkahwinan selamat dijalankan. Takdir Allah itu tiada siapa yang tahu, kan?

Antara alasan lelaki tidak berani mengajak kekasihnya untuk berkahwin, adalah mengenai konflik dalam dirinya sendiri seperti….

1. Tidak bersedia menerima tanggungjawab yang besar iaitu seorang suami, malah seorang bapa kelak.

2. Mahu menikmati kebebasan dan keseronokan, kerana komitmen realiti hidup itu tidak meyakinkan mereka untuk menyara kekasih hatinya.

3. Tidak bersedia secara material seperti rumah dan kereta yang stabil. Adakah anda merasakan mereka begitu yakin untuk membawa anda dengan menaiki motor sahaja, atau kereta second hand yang mereka miliki? Mereka juga mempunyai sedikit perasaan segan dan malu sekiranya melihat kekasihnya hanya menaiki motor buruk sahaja.

4. Oleh kerana mahu stabilkan kehidupannya, lelaki ini masih membuat kerjaya sebagai keutamaan. Asyik-asyik kerja, malah setiap hari over time. Tidak cukup dengan itu, ada pula part-time.

5. Lumrah lelaki memang sukar untuk merasa puas atau bersyukur dengan yang satu kerana rasa tidak pasti anda adalah satu-satunya teman hidup semati baginya. Namun, jika teman lelaki anda adalah seorang yang bertanggung jawab, memiliki sedikit ilmu agama dan sangat bersyukur memiliki anda, jangan khuatir tentang hal ini.

Selain konflik dalam diri, lelaki juga dapat melihat sikap teman wanitanya yang menyebabkan mereka ragu-ragu untuk mengajak berkahwin seperti…

  • Bangun lewat pagi, makanan sudah terhidang oleh ibu atau orang gaji.
  • Tiada simpanan, dan masih mementingkan kebendaan seperti membeli barang kemahuan walaupun sudah banyak memiliki barang tersebut.
  • Takut untuk berdampingan dengan anak-anak kecil atau bayi.
  • Terlalu cepat marah, mengeluh kesah dan merungut.
  • Malah hanya tahu berseronok sahaja. Katanya mahu berkahwin, tetapi ada sahaja perkara yang menghalang. “Eh, dah nak kena buat tu ke? Alaaa, tak puas seronok lagi…”

Jika anda memang benar untuk berkahwin, dan bukannya main-main lagi, jangan lah melakukan sesuatu perkara yang menjurus teman lelaki anda tidak berani untuk mengajak anda berkahwin. Sama-sama mengharungi hidup untuk memulakan rumah tangga, kerana kadang-kala lelaki ini melihat jika teman wanitanya tidak serius, mereka juga rasa tidak mahu serius. Bagi mereka, sokongan dan dorongan dari pasangan itu penting untuk ke jinjang pelamin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen