6 Perkara Yang Menjadi Punca Wanita Lambat Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Umur yang paling sesuai untuk wanita berkahwin dikatakan dalam anggaran 25 tahun. Ada pendapat yang menyatakan bahawa, umur ketika ini amat sesuai kerana, ia sudah mempunyai pemikiran yang agak matang. Namun begitu, tidak ramai yang dapat berkahwin awal kerana masih tidak mempunyai calon ataupun jodoh.



Tapi bukan itu sahaja, anda berberapa sebab lain mengapa seorang wanita itu memilih untuk berkahwin sedikit lambat. Selain tidak mempunyai calon, kemungkinan besar ialah berdasarkan enam perkara ini. Berikut adalah enam perkara tersebut:

1. Putus cinta tahap tak nak bercinta lagi.

Siapa sahaja pasti pernah rasa putus cinta bukan? Tapia da sahaja wanita yang akan begitu kecewa sehingga dirinya tidak mahu menjalinkan hubungan cinta lagi. Hal ini kerana, dia takut dirinya akan terluka lebih teruk lagi. Sebab itu mereka jauhkan diri daripada lelaki.

2. Takut dapat suami yang teruk.

Ini adalah kebiasaan yang kerap wanita takutkan. Cerita-cerita yang tersebar di laman sosial ataupun, cerita yang di sampaikan dari mulut ke mulut tentang mendapat suami yang tidak memahami ataupun terlibat dengan kekasaran rumah tangga menyebabkan ramai wanita takut untuk berkahwin.

3. Terlalu memilih.

Wanita sememangnya cerewet dalam membuat pilihan, terutama jika ia berkaitan dengan pasangan hidup. Sebab itu lah mereka ini lambat berkahwin. Hal ini kerana, mereka selalu merasakan pasangannya tidak sesuai dengannya bahkan dirinya juga turut memilih berdasarkan rupa paras seseorang.



4. Sibuk dengan kerja.

Ada sahaja wanita yang sibuk membina kerjaya sendiri sehinggakan tidak mempunyai masa mencari pasangan serta kehidupan peribadinya. Oleh sebab kesibukkan itu, mereka ini telah lambat bertemu dengan jodoh mereka sendiri.

5. Pilihan hati dibantah keluarga.

Apabila percintaan tidak mendapat restu dari keluarga, sudah pasti lah agak sukar seseorang itu mencari pasangan yang baru. Mana tidaknya, hatinya sudah menjadi kepunyaa orang lain, pasti agak sukar dirinya ingin menerima kehadiran orang baru.

6. Rasa tidak bersedia.

Baik lelaki atau wanita pasti mempunyai rasa tidak bersedia untuk tempuhi alam perkahwinan. Bukan itu sahaja, tidak bersedia untuk berhadapan dengan tanggungjawab juga menyebabkan wanita ini lambat bertemu jodohnya.

Enam sebab ini adalah perkara yang paling biasa yang digunakan sebagai alasan mengapa mereka ini belum bertemu jodoh. Namun begitu, sebenarnya jodoh akan datang datang apabila tiba waktu yang tepat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen