Ketahui Jodoh Semakin Hampir Dengan 5 Tanda Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini akan datang apabila anda sudah merasa yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan segala perkara pada masa akan datang. Sebab itu ramai yang menyatakan “jodoh akan tiba pada waktu yang tepat”. Jangan pernah ragu-ragu tentang apa yang telah diaturkan kerana ia pasti yang terbaik untuk anda.



Namun begitu, terdapat beberapa tanda yang menyatakan bahawa jodoh itu semakin hampir dengan anda. ia akan berlaku sama ada anda sedar mahupun tidak. Tetapi jika anda sedari akan perubahan diri anda berdasarkan lima perkara ini. Mari ketahuinya.

1. Sudah mempunyai tujuan hidup.

Apabila anda sudah yakin dan rasa mempunyai tujuan hidup ini adalah salah satu tanda bahawa jodoh semakin dekat dengan anda. Hal ini kerana, anda tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidup anda bahkan anda akan mencari peluang untuk lakukan perubahan dalam hidup yang anda anda. Jika dahulu anda mugkin tidak tahu mana hala tuju anda, kini anda yakin jalan mana yang perlu anda lalui.

2. Perasaan ingin berubah ke arah kebaikan.

Mungkin dahulu anda mempunyai rasa ingin lakukan perubahan dalam hidup anda tetapi ia bukan satu yang kuat. Namun kini, anda mula berubah ke arah satu kebaikan yang anda rasakan ia perlu demi menjaga nama baik anda, keluarga serta agama anda. Perubahan yang anda lakukan ini akan membuat anda lebih mendekati Allah dari sebelumnya.

3. Lebih berfikiran postif.

Jika dahulu anda lebih memikirkan perkara yang negatif, kini tidak lagi. Anda kini lebih berfikiran terbuka dan postif terhadap setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda. Bahkan anda terima dengan hati yang lapang terhadap ujian yang perlu anda lalui. Ia membuatkan anda lebih kelihatan matang dari sebelum ini.



4. Sudah melupakan kisah sedih yang lalu.

Pasti sukar untuk melupakan kisah sedih yang lalu, tidak kira lah anda perlu bangkit dari hubungan yang tidak kesampaian atau apa pun sahaja. Tetapi, kini anda sudah mula melupakan perkara tersebut dan mula meneriam perpisahan itu sebagai satu perkara yang baik untuk anda.

5. Mula buka peluang untuk kehadiran orang baru.

Anda juga sudah bersedia untuk menerima kehadiran orang lain dalam hidup anda. Di mana anda mula membuka pintu hati anda untuk sesiapa sahaja yang anda rasakan ia sesuai dengan diri anda. Bukan itu sahaja, anda berasa lebih yakin terhadap perhubungan yang baru ini.

Apabila anda alami perubahan seperti ini, ia pasti akan menyenangkan sesiapa sahaja. Bahkan jodoh anda juga pasti tidak berasa takut-takut untuk bertanya akan kekosongan hati anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen