Jodoh Adalah Ketentuan Ilahi, Dan Tidak Mengenal Usia.

“Dah masuk 30 ni takkan lah tak kahwin lagi, cuba tengok dia tu umur 25 dah ada anak…”

Begitulah pandangan masyarakat. Ada sahaja stigma daripada mereka dalam menentukan jodoh seseorang. Ada juga yang menyatakan seperti “Umur dah 30, dah matang, kena kahwin!” Siapalah kita mahu menolak takdir. Apabila segala usaha sudah dilakukan, doa tanpa jemu, pasti sedih mendengar kata-kata sebegini.

Janganlah mengukur umur sebagai kematangan seseorang…

Janganlah jadikan paras rupa untuk menjamin kesetiaan dan kebahagiaan seseorang…

Ada sebab mengapa Allah SWT menentukan setiap manusia itu dengan kehidupan yang berbeza. Jika anak si A berkahwin pada umur 25 kerana sudah mencapai umur yang matang, tidak semestinya juga anak si B perlu kahwin pada umur 25 juga. Adakah mereka yang masih belum bertemu jodoh, dan belum berumah tangga itu tidak bahagia?

ILMU PERKAHWINAN ITU PERLU SENTIASA DIPELAJARI.

“Yeay…umur baru 22 dah ambil kursus kahwin, dah boleh kahwin ni…”

Memegang ‘title’ suami dan isteri bukannya perkara mudah, pelbagai perkara yang perlu ada, dari segi hormat-menghormati, bertoleransi antara suami isteri, kepercayaan yang utuh dan banyak lagi perkara-perkara murni yang si suami dan isteri perlu tahu. Bukan hanya sekadar memikirkan tentang majlis perkahwinan yang meriah dan hantaran yang beribu-ribu semata-mata, banyak lagi perkara yang harus dititikberatkan. Persediaan itu adalah yang paling utama!

Apabila masih setia menanti jodoh datang menjemput, apa salahnya bakal isteri dan suami memperbanyakkan membaca perkara-perkara yang berkaitan perkahwinan atau rumah tangga supaya mereka akan berasa lebih bersedia untuk menempuh alam pernikahan yang ternyata banyak cabaran dan dugaannya. Kita sering didengari dengan kisah rumah tangga yang berlaku adalah disebabkan perkara yang remeh sahaja, namun yang remeh itulah yang boleh membawa kepada perceraian.

Jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang, ternyata ianya banyak perbezaan dari segi kehidupan seharian. Kalau semasa bujang, apa yang perlu difikirkan adalah diri sendiri sahaja terutama mengenai soal makan dan minum. Namun selepas berkahwin, lain pula tanggungjawabnya.

Apabila diajukan soalan tentang jodoh, “bila nak kahwin?” pasti jawapan yang terungkap dari mulut si empunya diri adalah “masih belum bertemu jodoh”. Namun adakah anda sudah bertanya pada diri sendiri, “sudah bersediakah aku untuk dipertemukan dengan jodohku?” Jika jawapan anda adalah ‘belum’, teruskan berusaha untuk mempelajari ilmu tentang perkahwinan.

Ianya bukan membawa maksud kita tidak ada jodoh. Secara hakikatnya jodoh kita sudah ditetapkan semasa kita belum dilahirkan lagi. Ini kerana jodoh adalah takdir daripada Allah SWT, meskipun sudah mencecah 40-an namun kalau sudah ditakdirkan bahawa kita masih hidup keseorangan lagi jangan kita sesekali meragui akan ketetapan ini. Sesungguhnya mereka yang bersabar akan mendapat kepulangan yang lebih indah di akhirat kelak.

“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. (Al-Baqarah: 177)

Teruskan berusaha dan jangan putus berdoa kepada Yang Maha Esa supaya diri kita sentiasa dilindungi di bawah naungan-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen