5 Cara Paling Santai Untuk Berhadapan Dengan Seseorang Anda Minati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa ragu untuk berhadapan dengan seseorang yang kita minat itu adalah perkara biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Untuk dekati mereka ini perlukan satu kekuatan yang agak luar biasa, mana tidaknya jika ditolak nanti pasti ia akan memalukan diri sendiri. Tapi dalam hati masing-masing pasti teringin dekati mereka ini bukan?

Bagi anda yang mempunyai keberanian tetapi tidak tahu untuk mengambil langkah pertama, mungkin anda boleh ikuti cara ini. Cara ini adalah yang paling mudah untuk anda mendapatkan tindak balas yang baik darinya.



1. Berikan senyuman yang paling manis.

Langkah pertama yang anda boleh lakukan adalah berikan senyuman yang paling manis kepada dirinya. Tapi pastikan dia membalas senyuman dalam masa 3 saat, untuk pastikan anda mempunyai peluang untuk berkata kepadanya. Tetapi jika lebih mungkin dirinya sedikir ragu-ragu kerana anda berikan senyuman tetapi jika tidak membalas bermakna dirinya tidak dalam mood yang baik.

2. Memakai pakaian sedikit cerah.

Pernah dengar bahawa merah itu menarik dan seksi? Terdapat beberapa pendapat menyatakan bahawa warna tersebut mudah membuatkan seseorang terpikat. Bukan itu sahaja, ia mudah membuat dirinya terlihat anda. Bahkan ia juga akan membuat anda kelihatan sedikit menarik. Jadi cuba pakai baju berwarna merah ataupun sedikit cerah. Tapi seeloknya pakai yang bersesuaian dengan warna kulit anda sahaja lah.

3. Bertanya soalan.

Untuk langkah seterusnya, cuba tanya dirinya beberapa soalan yang mudah serta mendapatkan jawapan terus darinya. Anda boleh tanya dimana tandas, arah jalan ataupun waktu jam ditangannya. Soalan ini akan membuat dirinya berikan jawapan kepada anda secara langsung memberikan reaksi yang baik terhadap anda.



4. Bertanya pendapat.

Jika anda sudah semakin rapat dengannya dan ingin kekalkan perbualan anda boleh gunakan taktik bertanya pendapat kepadanya. Jika perbualan dimulakan dengan pendapat anda mahupun dirinya ia akan menjadikan satu perbualan yang panjang. Masa ini lah anda mempunyai banyak peluang untuk tunjukkan kelebihan anda.

5. Berbual tentang isu semasa.

Jika anda ingin tunjukkan akan kebijaksanaan anda, mungkin anda boleh berbual mengenai isu semasa. Tetapi bukan hal-hal yang sensitif ye. Adalah lebih baik bercerita tentang isu semasa yang sememangnya menarik perhatiannya bukan perhatian anda, nanti dirinya bosan pula akan perkara tersebut.

Apa-apa pun sebelum anda mulakan langkah ini, anda perlu selidik dahulu mengenainya. Baru lah anda tahu bagaimana cita rasanya. Jangan main serbu sahaja, nanti anda sendiri yang malu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen