Antara Sikap Wanita Yang Sering Kali Akan Memeningkan Kepala Orang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai wanita, pasti banyak perkara yang perlu diketengahkan. Tidak kira lah dai segi tingkah laku, pakaian ataupun pemikiran wanita sememangnya agak unik sedikit. Sebab itu lah orang lelaki ini mudah pening kepala dengan mereka ini.

Wanita biasanya suka bertindak mengikut perasaan, sebab itu lah mereka ini suka melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Mari kita lihat perkara apa yang bakal peningkan kepala orang lelaki ini.



1. Menghadkan percakapan dengan seseorang.

Wanita tidak akan terlepas dengan perasaan mudah cemburunya. Jadi susah tentu lah dirinya tidak suka jika pasangannya itu bercakap dengan seseorang wanita. Apa yang akan mereka lakukan adalah dengan menghalang pasangannya itu bercakap dengan wanita yang ada disekelilingnya. Melainkan ibu atau adik beradik perempuannya.

Sudah tentu lah ia akan memeningkan kepala pasangannya. Jika ia melibatkan urusan kerja dan pasangannya melarang, apa yang harus dirinya lakukan. Nak ikut macam tidak kena, bila tak ikut dikatanya tidak sayang.

2. Meminta untuk dibelikan atau membayar sesuatu.

Sebabkan mereka ini mempunyai kemahuan yang pelbagai, jadi mereka selalu meminta apa sahaja dengan pasangannya. Mereka ini tidak fikir jika pasangannya itu mampu ataupun tidak. Sebab mereka hanya ikutkan perasaan mereka sahaja.

Sebab itu lah apabila mereka melihat sesuatu tempat makan menarik pasti dirinya akan menyuruh pasangannya pergi ke sana. Itu belum lagi jika, dia mengambil beberapa helai baju dan menyuruh pasangannya bayarkan untuknya. Mana tidak pening si lelaki apabila duit simpanannya semakin sedikit.

3. Ingin pergi ke mana-mana bersama pasangan.

Sangat bertuah seorang lelaki apabila memiliki pasangan yang sangat pandai berdikari. Tetapi jika pasangannya itu tidak pandai berdikari ia akan menambah sedikit beban pada pasangannya. Mana tidaknya, ke hulu ke hilir dirinya mahukan teman dan sudah tentulah pasangannya akan menjadi temannya. Bukan itu sahaja, wanita seperti ini sukar untuk berenggang dengan pasangannya.



4. Suka selongkar media sosial pasangan.

Media sosial adalah satu hal yang sangat peribadi, tetapi wanita ini kurang fahaminya. Jadi mereka ini suka meminta password media sosial pasangannya bahkan kadang kala selongkar media sosial tanpa meminta izin. Jadi ia pasti timbulkan rasa tidak selesa pasangannya. Jika dirinya marah pasti dia merasakan bahawa pasanganya sedang berlaku curang.

5. Enggan terima nasihat pasangan.

Seorang lelaki biasanya berikan nasihat demi kebaikan pasangannya. Namun, wanita sering kali enggan terima pendapat ataupun nasihat yang kadang kala berguna. Tetapi apabila sesuatu yang berlaku terjadi sebab enggan dengar nasihat, lelaki juga akan tetap salah di matanya.

Kesimpulannya, wanita ini sememangnya memeningkan kepala orang lelaki. Permintaan dan kemahuan yang mereka mahu itu kadang kala dilakukan tanpa fikiran pasangan mereka terlebih dahulu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen