Jangan Takut Memiliki Teman Wanita Yang Garang, Kerana Itulah Kekuatan Mereka Untuk Meneruskan Hubungan.

Majoriti lelaki pasti akan menjauhkan diri dari wanita yang garang dan tegas kerana bagi pandangan mereka wanita sebegini agak berlagak dan sombong. Lelaki juga tidak suka dengan sikap wanita sebegini kerana ia seolah-olah menunjukkan wanita tersebut lebih dominan daripada lelaki. Pendapat mereka sendiri mengatakan lelaki yang sepatutnya lebih garang daripada wanita.

Namun sedemikian, wanita yang garang seringkali dikaitkan dengan pekerjaan sebagai Guru hanya kerana sikapnya yang tegas dan mampu mendidik. Jadi, apakah kebanyakan lelaki menjauhkan diri daripada wanita yang mempunyai pekerjaan sebagai PENDIDIK? Jika lihat secara realiti, wanita dengan pekerjaan sebeginilah yang sering dicari sebagai jodoh.

Mempunyai pekerjaan yang stabil sebagai pendidik, malah mampu pula mendidik anak-anak murid dengan tahap kesabaran yang tinggi. Dengan pandangan sebegini, lelaki tidak sepatutnya takut atau menjauhkan diri daripada wanita yang menjawat jawatan ini. Kerana mereka bakal mendidik anak-anak kelak dengan ketabahan diri yang tiada tandingan.

Selain daripada itu, wanita yang garang ini juga sebenarnya…

LEBIH BERDIKARI DAN TAHU HALA TUJUAN HIDUPNYA.

Wanita garang kelihatan lebih dominan kerana itulah keupayaan dirinya untuk hidup berdikari. Jika tidak berkelakuan sebegitu, bagaimana mereka mahu hidup pada zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai agenda tersembunyi? Musuh dalam selimut ada dimana-mana sahaja, jadi mereka perlu untuk berdiri di atas kakinya sendiri untuk meneruskan kehidupan.

HIDUP TANPA PERGANTUNGAN DARI PIHAK KETIGA.

Apabila menjadi wanita yang berdikari sudah tentu mereka tahu hala tuju hidupnya. Tanpa pergantungan siapa-siapa termasuk ahli keluarga, membuat keputusan dengan sendiri adalah kekuatannya untuk hidup. Apabila telah berumah tangga, sudah tentu dia akan menjadi seorang isteri yang tahu membuat perancangan untuk jangka masa yang lama.

BIJAK MERANCANG MASA DEPAN.

Ini kerana ada sahaja sebahagian daripada wanita, terlalu bergantung harap daripada ahli keluarganya sendiri walaupun sudah berkahwin. Oleh kerana itu, berlakunya perceraian walaupun baru sahaja berumah tangga. Apabila tiada perancangan yang stabil, lelaki akan cepat bosan dan mula merasakan isterinya tidak boleh membantu.

Menjadi seorang lelaki yang bergelar suami kelak adalah tanggung jawab yang besar untuk memimpin seorang isteri. Apabila isterinya tidak memainkan peranan sebagai seorang assistant terhadap dirinya, jadi bagaimana si suami mahu meneruskan perhubungan kelak? Lelaki juga memerlukan pertolongan. Mustahil pula si suami mahu meminta pertolongan dari ibunya sendiri walaupun telah berkahwin.

Oleh kerana itu situasi begini menjurus seorang suami berlaku curang. Apabila dua-dua melakukan kesalahan dan tiada inisiatif untuk membetulkan apa yang salah dan apa yang kurang, itulah puncanya perceraian.

Namun, banyak sahaja sebab-sebab yang kukuh terjadinya perceraian, bukan hanya disebabkan isteri yang tidak garang. Garang bukan bermaksud mengongkong kehidupan pasangan, tetapi tahu apa itu KEMAHUAN dan KEPERLUAN dalam hidup untuk meneruskan kehidupan bersama pasangan tercinta.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen