“Nak Jadi Isteri Berdikari Hingga Tolak Duit Suami, Salah Tu” – Ikuti Perkongsian Wanita Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa kini masing-masing nak tunjuk kehebatan dan kekuatan masing-masing. Baik lelaki atau wanita sama sahaja. Namun ada satu perkara yang tidak diduga apabila seorang isteri menolak untuk menggunakan duit suami dengan alasan mahu jadi wanita berdikari serta tidak mahu susahkan suaminya.



Bila mana seorang wanita bertindak melulu, ia akan terlalu mudah menjadi ikutan orang lain. Malah ia mungkin akan menjadi budaya isteri-isteri yang lain. Bedasarkan perkara ini, mari ikuti sedikit perkongsian daripada saudari Nurul Kasmadillawati Zakaria berkaitan isu ini.

Acik tak faham dengan kegilaan trend sekarang: "jangan guna duit suami".

Nak jadi independent woman tak salah. Yang tak berapa betul ialah independent woman datang sekali dengan pakej bengap. Isteri-isteri, dalam islam kan dah diajar kewajipan suami untuk memberi nafkah. Kalau ada masa lapang, cuba baca apa yang dimaksudkan dengan nafkah dalam islam. Rajinkan membaca cari ilmu. Jangan asyik dok membawang & tengok drama tv3 aje taunya.

Kalau kita tak pow duit suami, siapa lagi? Sifir acik mudah je. Kalau suami mampu, acik minta suami belikan. Kalau benda tu acik tau membebankan suami atau diluar kemampuan suami, acik kumpul duit sendiri untuk beli. Atau bagi masa kat suami untuk kumpul duit. Kadang-kadang kalau acik kemaruk sangat nak benda tu, beli guna duit acik dulu lepas tu suami bayar semula sikit-sikit tiap bulan.



Dalam rumah tangga memang kena ada give & take. Tapi jangan sampai hak kita, kita sendiri tolak semata-mata nak nampak moden & up to date.

Acik pernah terbaca satu ayat. Agak kelakar tapi macam ada betulnya. Nak tau apa ayat dia: "habiskan duit suami supaya dia sedar diri yang dia tak mampu nak buka cawangan lain ". Betul lah tu. Kalau kita isteri moden pilih untuk tak guna duit suami, hutang-piutang kita bayar sendiri, utitiliti kita bayar, belanja diri sendiri & shopping pakai duit sendiri, suami akan ada duit berkepuk. Bila banyak duit mulalah rasa mampu nak cari madu untuk kita.

Lesson of the day?

Semoga perkongsian ini membuka sedikit mata kita yang mudah buat tindakan yang melulu tanpa berfikir panjang terhadap sesuatu isu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen