6 Dugaan Ketika Menjadi Tunangan Orang.

Sebelum menempuh alam perkahwinan, ramai sahaja pasangan yang akan menempuh alam pertunangan dahulu. Kerana kebiasaannya ada juga sebahagian daripada pasangan tidak melalui proses pertunangan, tetapi terus ke pernikahan kerana takut dengan dugaan bertunang. Sekiranya sudah lama mengenali pasangan bertahun-tahun, tidak salah untuk terus bernikah, kerana tempoh percintaan tersebut sudah cukup untuk mengenali pasangan.

Tempoh pertunangan adalah ikatan perkenalan, dan bukannya kepastian. Bertunang untuk mengetahui si dia tersebut serasi dengan kita ataupun tidak. Oleh kerana itu terdapat pelbagai dugaan yang berat kerana ketika inilah untuk mengetahui si dia yang sebenar. Jom lihat 6 dugaan ketika menjadi tunangan orang…

1. Ketika bertunanglah kita melihat orang lain lebih hebat dari tunang sendiri.

Jika kita terlalu mencari kesempurnaan pada pasangan, dan kesempurnaan tersebut tiada pada pasangan, ketika inilah terlihat orang lain lebih sempurna. Orang lain lebih hebat dari tunang sendiri. Ketika tunang ada masalah kewangan, tetapi ada pula orang lain mencucuk jarum, dan jika buta mata kerana duit sahaja, selamat tinggal. Jadi bersyukurlah nikmat pemberian Allah SWT.

2. Ketika bertunanglah terasa hubungan semakin hambar.

Entah mengapa ketika tempoh pertunangan ramai yang merasakan, hubungan dengan pasangan menjadi semakin hambar. Kemungkinan terlalu sibuk dengan hal masing-masing, sibuk untuk berjimat dan menyimpan wang untuk kenduri sehinggakan tiada masa untuk berjumpa. Tanggung jawab menjadi semakin berat kerana masing-masing sudah tahu komitmen antara satu sama lain.

Ketika bercinta memanglah nampak bahagia, kerana kedua-dua pihak seperti tidak sibuk untuk kea lam perkahwinan. Hanya mahu yang indah sahaja.

3. Ketika bertunanglah perasaan cemburu timbul sehingga curiga.

Cemburu itu biasa sahaja kerana ia tandanya sayang. Tetapi sehingga curiga, sampaikan membuat andaian yang bukan-bukan tentang pasangan. Keluar bersama rakan sekerja sahaja sudah berasa curiga, dan fikir yang negatif.

“Kenapa asyik keluar dengan (nama kawan tersebut) dah taka da kawan lain ke?”

“Eh, sebelum ni saya keluar dengan dia okay je. Awak tak cakap apa-apa pun..

4. Ketika bertunanglah ramai pula orang menggoda pasangan.

Orang kata bertunang ni darah manis. Ketika inilah tiba-tiba tunang anda cuba digoda orang lain. Bagi tunang yang setia, hal ini selalunya akan dimaklumkan. Jika tunang yang jenis suka digoda, pasti hal ini didiamkan sahaja dan dilayan. Maka boleh mendatangkan sesuatu yang buruk.

5. Tekanan daripada keluarga sangat tinggi.

Anda akan mulai rasa tertekan apabila keluarga bertanya bila mahu melangsungkan pernikahan. Padahal anda sendiri agak bimbang kerana belum betul-betul cukup dari segi kewangan, sibuk dengan kerja sehingga susah hendak menetapkan tarikh pernikahan dan juga belum selesai urusan persediaan dokumen kebenaran bernikah.

6. Ketika bertunang jugalah anda tiba-tiba menjadi ragu-ragu.

Anda ragu-ragu dengan pilihan sendiri. Adakah dia benar jodohku? Adakah benar dia pilihanku ini? Oleh kerana itu didiklah diri anda dari sekarang untuk membataskan pergaulan, kerana ketika bertunanglah anda akan merasakan adanya orang yang lebih hebat dari pasangan. Jika terlalu bebas bergaul, bersayang, rindu-merindui, puji-memuji walaupun sahabat….Hati-hati, syaitan ada dimana-mana sahaja.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen