Jadilah Isteri Yang Sentiasa Dirindui Oleh Suami Dengan Memiliki 6 Ciri-Ciri Ini.

Lelaki memang sangat suka pada kecantikan seorang wanita, dan setiap lelaki memandang kecantikan tersebut dengan pandangan berbeza. Tetapi bagi lelaki, cantik sahaja tetapi sikap peribadi tidak memuaskan hati, masih juga tidak dapat memikat hati mereka. Apatah lagi untuk merasa rindu apabila berjauhan.

Secara lumrah lelaki kelihatan amat cerewet apabila mahu memilih mana-mana wanita sebagai bakal isterinya. Adakah lelaki yang cerewet atau para wanita yang sukar untuk menjadi ciri-ciri wanita yang dirindui. Jom kita lihat….

1. Seorang yang taat pada perintah Allah SWT.

Untuk menjadi seorang isteri yang solehah, sudah tentu mereka perlu taat pada suami. Untuk taat pada suami, didiklah diri untuk taat pada perintah Allah. Kerana jika daripada bujang tidak mendidik diri untuk taat pada-Nya, bagaimana untuk taat pada suami kelak? Adakah ingin terus dibimbing oleh suami? Walhal suami pun tidak sempurna memerlukan bantuan daripada seorang isteri.

Jadilah seorang yang taat pada perintah Allah kerana ia sangat menenangkan  dan bakal membuat suami anda merindui setiap masa.

2. Seorang yang bijak.

Lelaki amat merindui seorang wanita yang bijak menguruskan hidupnya sendiri. Bijak dalam segala hal akan membuatkan seorang lelaki berasa kagum dan segera ingin memiliki wanita tersebut menjadi bakal isterinya.

3. Seorang yang mempunyai sifat keibuan.

Bersifat keibuan adalah bermaksud seorang yang penyayang. Si suami pasti akan merindui apabila si isteri mempunyai sikap ini kerana dengan isterinya sahajalah si suami ini boleh bermanja seperti anak-anak kecil.

Si suami tidak akan cuba bermanja dengan ibunya atau adik-beradiknya apabila telah berkahwin, kerana sudah lumrah lelaki ini mempunyai egonya sendiri. Mereka tidak akan merendahkan egonya untuk bermanja dikhalayak orang ramai.

4. Seorang yang pandai memberi perhatian.

Apabila si suami mahu bermanja, sudah tentu mereka pun memerlukan perhatian juga. Bukan wanita sahaja yang perlu perhatian daripada seorang suami sepanjang masa. Give and take amat penting dalam rumah tangga supaya masing-masing tidak terabai dari segi memberi perhatian.

5. Seorang yang sabar dan tabah.

Jadilah seorang wanita yang sabar dan tabah mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan. Kadang-kala wanita juga perlu bersifat berdikari tanpa pertolongan suami. Ini kerana bagi pandangan lelaki, wanita sebeginilah yang mereka terkejar-kejar untuk menjadi seorang pelindung.

“Awak dah ada sayakan, tak payah susah-susahkan diri awak lagi…” Bertuahnya!

6. Seorang yang bersederhana dan tidak berlebih-lebihan.

Dan yang paling penting, seorang wanita yang tahu bersederhana dan tidak berlebih-lebihan amat disenangi oleh ramai lelaki. Boleh sahaja ber-fashion, asalkan kena pada tempat. Boleh sahaja bermekap, asalkan tidak berlebihan seperti heavy make up. Boleh sahaja berbelanja, asalkan tidak melebihi kemampuan sendiri dan suami kelak.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen