Antara Hikmah Pertunangan Dalam Islam.

Islam meletakkan kelebihan bertunang ini, dengan penuh hikmah. Sebab itu di katakan khitbah ini sebagai wasilah yang Allah berikan kepada umat islam. Mengapa? Cuba kita lihat kembali apa kelebihan sebenar berkenaan tunang. Sebenarnya antara kelebihan bertunang yang islam galakkan ini, ialah untuk mereka saling kenal mengenali. Itulah hikmahnya apabila tunang yang di letakkan dalam agama islam.

DIBOLEHKAN UNTUK MELIHAT WAJAH TUNANG SEKIRANYA BERNIQAB.

Tidak semestinya perlu berkawan berbulan-bulan atau bertahun-tahun, kemudian baru mengikat tali pertunangan. Ia boleh juga terjadi sekiranya, dikenalkan melalui keluarga atau sahabat, kemudian terus sahaja bertunang untuk proses ta’aruf. Ketika ini lah si lelaki boleh melihat wajah wanita yang dipinangnya, sekiranya wanita tersebut berniqab. Dan si wanita tersebut dibolehkan menunjukkan wajahnya kerana ingin merasa tenang dan nyaman ketika melihat.

UNTUK MENGELAKKAN BERPACARAN (DATING) TERLALU LAMA.

Sungguh cantik islam menetapkan kaedah bertunang ini. Antaranya lagi, hikmah bertunang ini lebih selamat dari bercouple buta yang tidak tahu pangkalnya. Kerana apabila bertunang secara tidak dapat tidak perkenalan di dalam tunang itulah dapat memberi kata putus yang jelas samada ingin meneruskan berkahwin ataupun tidak.

Kerana hikmah bertunang untuk pasangan saling kenal mengenali, juga bukan bererti dengan bertunang sudah pasti berkahwin. Apabila berkawan dalam bertunang secara automatik wanita tidak boleh menerima pinangan orang lain, dan lelaki tidak boleh meminang pinangan orang. Sebagaimana hadis yang di riwayatkan Imam Muslim;

Hadis Ibnu Umar RA: Nabi SAW pernah bersabda: “Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain….”

Menampakkan lagi wanita lebih terjaga, melainkan jika hanya berputus tunang barulah si wanita dapat menerima pinangan orang yang lain pula.

Lebih bagus dari bercinta yang ianya belum terjaga sepenuhnya, bila-bila masa wanita itu boleh di kebas sesiapa. Bila bertunang, juga sebenarnya lebih konsisten dalam berkawan, akan tetapi jika nampak tidak serasi dalam berkawan semasa bertunang, jadi bila-bila masa boleh memberi keputusan samada ingin meneruskan ataupun tidak.

Kerana apabila memahami konsep bertunang itu, maka islam benarkan hanya untuk setiap pasangan saling kenal mengenali, juga di tempah tanpa perlu orang lain menempahnya lagi. Melainkan jika berlaku pembatalan penempahan. Dengan maksud yang lebih ringkas, insan tersebut anda telah ‘booking’ untuk dijadikan bakal isteri, jadi tiadalah orang lain datang mengacau untuk curang. Insya Allah, doakan yang baik-baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen