5 Sebab Kerap Bertengkar Itu Adalah Perkara Yang Tidak Perlu Dibimbangi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti sangat membimbangkan sekiranya pertengkaran kerap berlaku dalam perhubungan. Terutama jika pertengkaran itu mengundang rajuk yang berhari-hari. Di sini lah kasih sayang anda dan pasangan sedang diuji. Mana tidaknya, saat anda merasakan bimbang tentang pertengkaran ini, ia masih mempunyai kebaikan disebaliknya yang anda tidak lihat.

Pasti ramai hanya melihat keburukan sahaja disebalik pertengkaran ini sedangkan ia memberi kelebihan yang banyak kepada diri anda. Mari ketahuinya.



1. Meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Melalui pertengkaran ini, masing-masing mampu luahkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan. Jadi tidak ada yang akan tersimpan di hati masing-masing. Bahkan lama kelamaan masing-masing akan lebih bersifat terbuka terhadap masing-masing apabila rasa tidak puas hati ataupun salah faham itu timbul.

2. Dirinya menyatakan takut kehilangan anda.

Dalam pertengkaran ini sudah pastinya baik anda ataupun pasangan akan menyatakan rasa takut kehilangan antara satu sama lain. Ini mampu menjadi tanda ingatan atau peringatan kepada pasangan bahawa anda benar-benar takut untuk kehilangan dirinya. Bahkan pertengkaran yang berlaku itu akan menjadi punca akan sedikit bertenang dan cuuba untuk mengalah. Tidak lupa juga, anda cuba selesaikan masalah dengan sebaiknya.

3. Membantu anda mengawal pertengkaran akan datang.

Pertengkaran ini sememangnya akan membantu anda untuk mengawal pertengkaran yang akan datang. Di mana anda sudah mula tahu bagaimana untuk membuat pasangan anda bertenang dari rasa marah. Bahkan anda juga mampu mengawal setiap pertengkaran dengan lebih baik serta mampu membuatnya berhenti dengan lebih awal jika masalah tersebut hanya salah faham.



4. Anda dapat mengenalinya dengan lebih dekat.

Ketika berlaku pertengkaran ini, anda akan lebih mudah untuk kenali mereka. Mana tidaknya, pada ketika ini dirinya lebih mengikut perasaan sendiri. Bahkan, anda dapat mengetahui jika dia seorang yang mudah lemparkan kata-kata kesat atau masih mampu mengawal segalanya walaupun ketika marah. Ia sangat penting untuk anda melihat siapa dirinya sendiri.

5. Rasa tidak saling menguasai.

Pertengkaran yang berlaku ini akan membuatkan anda tidak berasa saling dikuasai kerana masing-masing berani untuk menyuarakan sesuatu yang dirasakan tidak puas hati. Hal ini kerana, banyak perhubungan yang rasa dikuasai oleh pasangan apabila mereka ini tidak mampu untuk membuat pertengkaran serta luahkan apa yang mereka rasakan.

Jadi pertengkaran ini elok bukan? Namun, ia semuanya bergantung pada anda untuk tangani serta mengawalnya agar tidak berlanjutan yang mengakibatkan kemusnahan dalam perhubungan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen