"Setia Atau Curang Itu Pilihan..." - Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua perkara yang kita hadapi adalah pilihan yang telah kita lakukan sendiri mengikut keadaan sekeliling, kehendak serta kepuasan. Setiap pilihan itu, akan membuat kita bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. Sama juga dengan perhubungan, untuk setia atau berlaku curang mahupun menjadi orang ketiga, itu semua pilihan yang kita pilih tanpa ada pihak yang memaksa. Jadi, mari kita baca sedikit perkongsian daripada saudara Amir Syahir mengenai pilihan ini.



Setia atau curang itu pilihan. Menjadi orang ketiga juga sebuah pilihan.

Buat suami yang pernah terniat atau tanpa sengaja menduakan isteri yang dinikahi, cuba duduk dan fikir sebentar.

Untuk apa perlunya yang lain? Sedangkan bahagia sudah ada di depan mata. Ada anak-anak yang menceriakan siang dan malam.

“Isteri saya tidak secantik dahulu.”

“Isteri saya tidak pandai masak, kemas rumah.”

“Isteri saya asyik nak marah-marah je sekarang.”

Wah, bukan main lagi alasan yang diberikan. Apakah perkahwinan hanya untuk sebuah kecantikan. Kalau tahu isteri tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, ajak dan ajar isteri. Isteri suka marah-marah mungkin juga berpunca daripada sikap suami sendiri.

Cuba fikir, selama ni siapa yang basuh, sidai dan lipat baju. Selama ni siapa yang masak untuk kenyangkan perut kau tu. Pergi kerja baju elok bergosok, siapa yang buatkan. Anak-anak siapa yang mandikan, buat susu, beri makan dan berjaga tengah malam kalau anak tidak sihat.



Adakah kau yang lakukan semua sendiri tanpa perlukan pertolongan isteri? Atau kau langsung tak pernah buat semua tu. Duit belanja RM100 pun susah nak bagi kat isteri. Meskipun isteri bekerja, nafkah tetap wajib diberi.

Siapa yang terima kau masa kau tak punya apa-apa dulu? Siapa yang sanggup tempuh hidup susah dengan kau dulu? Sanggup basuh baju pakai tangan sebab baru pindah rumah. Sanggup tidur beralaskan toto sebab tahu kau belum mampu nak sediakan semua tu.

Tetapi, bila dah kaya, dah senang sikit-sikit, mula nak cari lain. Mula burukkan isteri. Macam la kau tu sempurna segala-galanya.

***
Untuk yang pilih menjadi yang ketiga pula, bagaimana kau tega melukakan hati yang juga seorang perempuan? Kalau ayah kau kahwin lain, kakak kau diduakan tahu pula kau marah dan geram.

Letakkan diri kau pada tempat isteri yang pertama. Apa kau akan rasa. Atau kau jenis yang langsung takde perasaan. Jangan fikir diri sendiri je. Fikir juga hati dan perasaan orang lain.

Kau nampak lelaki tu segak bergaya, berduit. Tapi kau tahu tak kerana siapa dia jadi sebegitu? Kerana seorang isteri yang sentiasa di sisi. Kau senang-senang je nak rampas kebahagiaan orang.

***
Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup ni. Allah kurniakan kita akal dan fikiran untuk memilih. Kah!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta membantu kita untuk melakukan pilihan yang betul dalam perhubungan yang dibina atau bakal dibina.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen