“Takut Nak Kahwin Sebab Banyak Hutang” Jom Ikuti Panduan Ini.

Ramai sahaja dikalangan kita, tidak mahu berkahwin kerana ingin langsaikan hutang terdahulu. Tetapi jika hutang tersebut ‘sampai mati pun tak habis’ bagaimana ingin berhasrat berumah tangga? Jom ikuti panduan dari saudara Amir Syahir ini…

1. Semak Balik Gaya Hidup.

Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kau kena ubah gaya hidup. Biarlah orang lain cakap kau kedekut nak berbelanja asalkan kau tahu tangan kanan kau suka menderma.

Biarlah orang lain pakai kereta import mewah, kau pakai Axia je. Biarlah orang lain bercuti dekat Eropah, kau bercuti dekat Pulau Langkawi saja. Tak perlu nak bermegah-megah ataupun pura-pura kaya semata-mata untuk dapatkan pujian. Bersyukur dengan apa yang ada, nanti rezeki akan lagi bertambah.

2. Perangkap Kad Kredit.

Jika kau tak pandai uruskan kad kredit jangan buat dan jangan guna. Jika sebulan terlepas bayar, profit bank akan naik.. Jika pandai gunakan sebaiknya, boleh teruskan.

Gunakan kad debit saja. Kau ada hutang PTPTN tapi bayar tak konsisten, jangan harap kau nak bayar hutang kad kredit tepat pada masanya. Kau kan sibuk travel dan juga sibuk main Facebook je memanjang.

3. Sediakan Belanjawan.

Semua orang tahu pasal buat bajet atau belanjawan ni. Tapi sukar untuk laksanakan. Mulakan buat bajet ringkas seperti senaraikan semua komitmen atau hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Senaraikan perbelanjaan untuk sebulan dan juga kos sara hidup. Gunakan aplikasi My Tabung daripada BNM untuk memudahkan kau merangka bajet.

Jadilah orang yang bijak merancang. Dengan membuat bajet kau akan lebih mudah dan bijak untuk menguruskan kewangan. Sekurang-kurangnya kau tahu ke mana duit kau orang pergi.

4. Bahaya Pembiayaan Peribadi.

Fikir sekali lagi jika mahu berhutang semata-mata untuk majlis perkahwinan. 5 tahun bercinta, 50 kali makan tempat mewah, 70 kali bercuti bersama mencipta kenangan tapi langsung tak terfikir nak bina tabung kahwin?

Jangan ikut sangat nasihat suruh pergi travel sana-sini pada usia muda. Sampai nak kahwin pun kena buat pembiayaan peribadi. Jauhi juga pembiayaan peribadi jika mahu melabur dalam skim cepat kaya. Ataupun sebarang pelaburan yang MENJANJIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN.

5. Hidup Di Bawah Kemampuan.

Anak muda sekarang baru kerja beberapa bulan je sudah nak beli kereta import mewah. Terus nak buat kad kredit. Gaji kau tu ciput. Sedar-sedar la diri. Cuba la hidup di bawah kemampuan terlebih dahulu. Tangguhkan kehendak. Simpan dan teruskan menyimpan.

Ingatlah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kau boleh pilih mana yang kau nak. Nak hidup senang dulu atau nak susah dulu? Fikir-fikirkan ye .

6. Bayar Diri Sendiri Dahulu.

Bila dah dapat gaji ataupun pendapatan, terus tolak 10% daripada gaji tersebut. Simpan dan jangan guna. Jadikan ia sebagai tabiat menabung untuk kegunaan jangka masa panjang. Jika terguna untuk beli kehendak, gantikan balik dengan 30% sebagai denda kepada diri sendiri. Apabila gaji mula meningkat, mulakan melabur di tempat yang diyakini dan terjamin.

7. Tambah Pendapatan.

Jangan malu kau buat bisnes online ataupun berniaga kecil-kecilan. Tapi malu lah, ada hutang berlambak tapi masih taknak ambil apa-apa tindakan. Banyak kau boleh buat, antaranya jadi runner, dropship, ejen takaful, dan sebagainya. Dapat cover barang dapur jadi lah.

******** Semoga Bermanfaat********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen