Jangan Fikir Untuk Berkahwin Jika 5 Perkara Ini Masih Mengganggu Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah punya pasangan dan rasa yakin bahawa dia adalah jodoh anda. Bahkan ingin berkahwin dengannya? Nanti dulu. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu lihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Perkahwinan ini bukan satu hal yang boelh dibuat main, tapi ia perkara yang serius dan anda tidak boleh menyesal dikemudian hari.



Oleh sebab itu, terdapat beberapa perkara yang penting perlu anda lihat terlebih dahulu pada diri anda atau dirinya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Mari kita lihat.

1. Sikap keanak-anakkan pasangan anda.

Pasangan anda pasti mempunyai sikap manja dan keanak-anakkan, dan anda menganggap ia adalah satu perkara yang biasa serta anda menyukainya. Mana tidaknya, setiap perkara ia seolah-olah kelihatan begitu sweet kepada anda. Tapi, adakah anda yakin apabila sudah berkahwin dirinya akan berubah menjadi seorang yang matang? Atau dia akan kekal seperti itu sahaja?

2. Lebih mengikutkan kehendak dan perasaan.

Setiap perbuatan yang anda lakukan dalam perhubungan ini, anda dan dirinya lebih bertindak mengikut perasaan sendiri. Anda tidak memikirkan pasangan anda tetapi anda lebih tertumpu kepada kehendak anda sahaja. Apabila terdapat salah faham, anda lebih mudah untuk menyerang dahulu tanpa usul periksa. Itu yang menyebabkan anda sentiasa sukar mengawal keadaan.

3. Tidak menjadi diri sendiri ketika bersamanya.

Apabila anda ingin berkahwin dengan seseorang, dirinya seharusnya tahu siapa diri anda yang sebenarnya. Tetapi jika anda tidak menjadi diri ansa sendiri dan mudah tidak rasa selesa dengannya, ia menunjukkan bahawa dirinya bukan lah untuk anda. Mana tidaknya, seseorang yang bakal menjadi pasangan anda sudah pasti perlu tahu siapa anda sebenarnya.



4. Kurang percaya anda.

Bagaimana anda ingin bina sebuah perkahwinan jika dia atau anda tidak saling mempercayai. Hal ini kerana, kepercayaan sangat penting dalam perhubungan. Ia mampu mengeratkan perhubungan anda serta membantu anda menyelesaikan setiap cabaran dan ujian yang berlaku di alam perkahwinan nanti.

5. Pertengkaran lambat diselesaikan.

Jika kalian saling mempunyai kesefahaman yang baik, pasti setiap pertengkaran akan begitu mudah diselesaikan. Tetapi jika sebaliknya ia pasti sukar untuk anda selesaikan setiap masalah yang berlaku dalam perhubungan anda. Jadi cuba lihat kembali perkara ini dalam perhubungan anda.

Kesimpulannya, mendirikan rumahtangga bukan kerana anda sukakan dirinya sahaja. Tetapi banyak perkara yang perlu anda lihat untuk membina perkahwinan itu mampu bertahan dengan lebih lama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen