Ciri-Ciri Gadis Yang Mencintai Anda Dengan Setulus Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila kita menjumpai seseorang yang tepat kita perlu sentiasa menyukuri kehadirannya. Bahkan jika kita menjumpai seseorang yang lebih mencintai kita berbanding kita mencintai dia juga adalah perkara yang perlu kita syukuri. Mana tidaknya, jika seseorang itu lebih mencintai kita, maka dirinya akan cuba melakukan apa sahaja untuk membuat kita bahagia. Bukan itu sahaja, dalam setiap perkara yang berlaku dalam perhubungan juga mudah dikawal.



Ia sangat berbeza dengan hanya kita yang mencintai seseorang itu sedangkan hatinya bersama dengan yang lain. Jadi mari kita lihat, jika seorang wanita itu mencintai kita dengan setulus hatinya.

1. Cuba menjadi pasangan yang sempurna buat anda.

Dirinya akan cuba menjadi seseorang yang sempurna buat anda. Wanita ini biasanya seseorang yang mengharapkan pasangan yang sempurna tetapi tidak dia yang lebih mencintai anda. Mereka ini akan sentiasa cuba memberikan terbaik untuk anda bahkan, cuba menjadi seseorang yang anda mahukan bukan atas paksaan tetapi dengan rela hatinya. Bagi dirinya, dia bahagia jika anda bahagia bersamanya.

2. Setia bersama anda dikala susah dan senang.

Untuk mengetahui seseorang itu setia dan mencintai kita lebih atau tidak adalah melihatnya ketika kita sedang berada dalam kesusahan. Jika dia masih setia disisi walau apa pun dugaan yang datang pada ketika itu, ia menandakan bahawa dirinya benar-benar mencintai anda. tetapi jika sebaliknya, ia menunjukkan bahawa ia bersama adalah bersebabkan sesuatu perkara.



3. Sentiasa bersikap matang.

Selalunya kita lihat wanita akan lebih bersikap manja dan keanak-anakkan, tetapi bukan dirinya. Dia lebih matang dan pada masa yang sama masih lagi kekalkan sikap manja dirinya. Dia tahu pada waktu bila dia harus tunjukkan manjanya dan waktu bila dia perlu berkelakuan matang ketika bersama anda.

4. Lebih terbuka mendengar nasihat anda.

Wanita yang mencintai anda biasanya lebih mudah menerima sebarag teguran. Hal ini kerana, dirinya tahu bahawa anda menegurnya kerana anda mencintainya. Jadi dia akan cuba menerima setiap teguran serta nasihat anda itu dengan hati yang lebih terbuka.

5. Terima kelemahan anda.

Ini adalah yang paling utama, di mana setiap kekurangan anda serta kelemahan anda akan diterima baik olehnya. Sebab itu lah dikatakan dia mencintai anda dengan lebih ikhlas. Jadi untuk mengetahui dirinya mencintai anda dengan ikhlas atau tidak, tunjukkan kelemahan serta kekurangan anda, jika dia terima, dirinya adalah orang yang tepat.

Lima perkara ini tidak akan ada terhadap seseorang yang bersama anda dengan mempunyai niat yang lain selain mencintai anda. Jadi jika berjumpa dengan seseorang seperti ini jangan pernah sia-siakan mereka dan mengejar si dia yang tidak pasti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen