Jom Lihat Antara Makanan Simple Untuk Dijadikan Sebagai Hantaran Masa Kini.

Ramai sahaja bakal pengantin pening untuk memikirkan hantaran yang berlainan pula. Sekiranya sudah ramai membuat barang keperluan sebagai hantaran, ada juga dari sebahagian pasangan suka membuat makanan sebagai hantaran. Tetapi makanan yang bagaimana ya? Jom kita lihat…

1. Swiss Roll Batik.

Swiss roll ini berlainan coraknya dengan yang biasa kita lihat. Nampak elegant dan cantik untuk dijadikan sebagai hantaran. Bentuknya juga tidak mudah cair seperti kek yang kita biasa lihat. Swiss roll ini juga mudah dijaga kerana teksturnya tidak mudah lembik. Selain coraknya yang menarik, ia juga sedap dimakan.

2. Madu.

Jika kita sering lihat pasangan menghantar buah sebagai hantaran, ubah sedikit madu yang diletakkan di dalam botol sebagai hantaran. Cari botol-botol yang menarik untuk digubah. Selain mempunyai botol yang kedap udara, ia juga sangat mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja, malah senang dapat dipasaran. Di samping itu, madu juga adalah salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW. Manis dan Islamik.

3. Teh.

teh jasmine

Pasangan anda adalah seorang yang tidak minum kafein, malah rajin untuk menjaga badan dengan teh hijau. Jarang pasangan menjadikan teh sebagai hantaran, kerana tidak terlintas dalam fikiran. Bukan sahaja mudah dibawa kemana-mana, malah tahan lama juga. Jasmine teh adalah salah satu minuman diet yang disukai oleh ramai kaum wanita. Ada juga lelaki yang menjaga badan dengan minum teh hijau ya.

4. Bijirin Granola.

Granolife

Selain teh hijau untuk pasangan yang mengamalkan hidup sihat, jadikan juga bijiran sebagai hantaran. Granola adalah salah satu bijiran yang sihat, dan bekasnya juga amat menarik untuk dijadikan sebagai hantaran. Nampak eksklusif dan belum pernah lagi ada pasangan yang melakukannya sebagai hantaran. Cubalah kelainan ini.

5. Coklat Jar.

Coklat Jar

Terdahulu coklat jar sangat popular, dan disukai oleh orang ramai. Berbanding dengan coklat yang dibalut dengan plastik, coklat ini boleh dihiasi atau digubah dengan pelbagai botol mengikt kreativiti masing-masing.

Jika dahulu, coklat jar ini perlu direndam dengan air panas dahulu sebelum dapat dijamah. Tetapi sekarang, boleh dimakan begitu sahaja dan dimana-mana anda berada. Nyums.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen