5 Sebab Teman Lelaki Masih Belum Melamar Anda, Walaupun Telah Bercinta Lama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penat tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti bilakah kekasih hati akan mula untuk bicarakan soal bertunang, merisik ataupun meminang? Paling tidak pasti anda tertunggu-tunggu dirinya mengajak anda untuk berkahwin. Dah lama bercinta tapi dirinya masih lagi tidak mempunyai tanda-tanda untuk buat hubungan menjadi suami isteri yang sah.

Wanita pasti lah sangat menunggu saat ini, mana tidaknya, mereka ini biasanya mempunyai impian untuk berkahwin awal. Jadi mari lihat mengapa seseorang lelaki itu masih belum mengajak anda kahwin sehingga sekarang.



1. Dirinya belum bersedia.

Perkara yang menjadi sebab utama dan kebiasaannya adalah lelaki tersebut masih belum besedia. Bersedia dari segi apa? Sudah pasti lah kewangan, tanggung jawab serta cabaran yang bakal dirinya tempuhi. Bukan itu sahaja, ada juga yang masih belum bersedia meninggalkan masa mudanya yang penuh dengan keseronokkan. Jadi mereka ini akan cari masa yang betul-betul sesuai untuk mereka lepaskan semua ini.

2. Ingin penuhi keinginan sendiri dahulu.

Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian mereka, begitu juga teman lelaki anda. Jadi mereka ini pasti mahu penuhi apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, kerjaya mereka, pelajaran mereka ataupun minat mereka sendiri. Jadi apabila dirinya merasakan segala perkara yang diangankan itu telah tercapai, maka dirinya sendiri akan meminang anda tanpa perlu anda paksa.

3. Latar belakang keluarga.

Seseorang yang membesar dari keluarga yang bercerai mungkin alami sedikit ketakutan untuk mendirikan rumahtangga. Mana tidaknya, pengalaman ibu bapanya sendiri sudah cukup membuat mereka rasa tidak yakin akan perkahwinan. Namun bukan itu sahaja, mungkin perhubungan kalian mendapat tentangan dari keluarganya. Jadi dia sedang berusaha untuk membuat anda diterima oleh keluarganya.



4. Merasakan anda bukan pasangan yang sesuai.

Apabila dirinya lambat memberi tindakbalas mengenai soal perkahwinan ini, boleh jadi dirinya merasakan anda bukan seseorang yang sesuai untuk jadi. Sebab itu lah dirinya sentisa membiarkan anda tertanya-tanya dan berteka teki. Hal ini kerana, dia masih belum cukup yakin akan hubungan yang kalian telah bina.

5. Takut komitmen.

Ini juga sentiasa menjadi alasan seseorang lelaki untuk mengelakkan perbincangan mengenai perkahwinan. Mereka selalu menyatakan takut untuk komitmen kerana, komitmen terhadap ibu bapa masih lagi tidak terurus dan adik beradiknya masih ramai yang bersekolah. Jadi dia tidak mahu tambah beban yang ada.

Jika teman lelaki anda mempunyai alasan sebegini, maka anda perlu sabar sehingga dirinya menyedarinya sendiri. Tapi jika anda tidak mahu sabar akan alasannya, cari sahaja pasangan yang sudah bersedia untuk anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen