Antara Situasi Yang Menyebabkan Hubungan Anda Dengan Pasangan Semakin Menjauh.

Jauh dimata tetapi dekat dihati, namun pasangan sebegini semakin jauh dimata, semakin hilang perasaan cinta dalam diri. Apabila anda atau pasangan terlalu suka memendam perasaan, berkemungkinan hubungan kalian berdua boleh menjadi semakin jauh. Anda dapat merasakan pasangan melarikan diri dari hubungan, namun ia hanyalah sangkaan anda sahaja.

Ini terjadi kerana perasaan yang semakin tawar apabila terdapat banyak perkara yang dilakukan tidak dipersetujui bersama. Malah seperti membuat haluan masing-masing pula.

Jom ketahui antara situasi yang menyebabkan hubungan kalian semakin menjauh…

1. Pasangan tidak menolong mencuci pinggan, kemudian perkara tersebut diungkit selalu.

Terutamanya yang sudah berkahwin, mencuci pinggan adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan pergaduhan. Ia seolah-olah nampak kecil dimata pasangan “Alahhh..cuci pinggan je pun, bukannya banyak…” namun, tenaga yang dikerah bersama melempiaskan amarah boleh meletup satu rumah.

Apabila membuat sesuatu perkara dengan hati yang marah dan tidak tenang, ia akan menjurus pasangan untuk sentiasa mengungkit hal tersebut. Jadi, sama-samalah ringankan beban pasangan, jika tidak mahu mendengar ungkitan dari mulutnya.

2. Perubahan fizikal.

Perubahan fizikal juga boleh membuatkan pasangan dengan diri anda semakin menjauh. Bukan sahaja badan semakin berisi, malah jika pasangan semakin kurus juga, anda mengatakan seperti orang sakit pula.

Bagi mereka yang telah berkahwin, situasi begini juga akan membuatkan pasangan tidak senang dengan tubuh badan anda, dan tidak mahu melakukan hubungan intim. Apabila berkahwin hanya kerana nafsu semata-mata, punca ini lah yang menyebabkan pasangan melakukan curang tanpa disedari.

3. Anda mahukan anak, tetapi pasangan membuat keputusan untuk berhenti.

Setiap pasangan pasti mahukan anak. Terutamanya lelaki kerana majoriti daripada mereka suka memiliki anak yang ramai. Akan tetapi situasi begini juga akan membuatkan si isteri menjadi ralat. Anak sememangnya adalah rezeki dari Allah dan mampu memberi rezeki di dalam keluarga. Namun sedemikian, mungkin kerana sebab peribadi tidak mampu untuk menerus melahirkan zuriat.

Sebagai contoh kekangan kewangan atau perbelanjaan rumah.

4. Tidak mahu menceritakan tentang anda pada ahli keluarganya.

Jika anda masih lagi berlum berkahwin, perkara utama yang menyebabkan diri anda dengan pasangan semakin menjauh adalah, apabila perihal anda tidak diceritakan pada keluarga. Sudah bertahun bercinta, namun masih belum lagi berjumpa dengan ahli keluarganya. Hal ini akan membuatkan anda tertanya-tanya, dan mengandaikan pasangan tidak serius. Sudah pasti akan terlintas difikiran untuk mencari seseorang yang serius dalam hubungan.

5. Tidak menghormati ‘Me Time’ pasangan.

Me time adalah masa bersendirian, sama ada berseorangan atau bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Apabila anda tidak menghormati masa sendirian pasangan, clingy setiap masa 24 jam, kadang-kala ia merimaskan. Pasangan mahukan me time tetapi apabila selalu diganggu oleh anda, semakin menjauh pula. Berikan sedikit masa dan ruang, untuk menyemai perasaan rindu okay.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen