Pasangan Yang Sering Menghadap Telefon Bimbit Menyebabkan Hubungan Tidak Lagi Manis.

Kini, telefon bimbit bagaikan nyawa bagi para manusia. Memegang telefon bimbit selama 24 jam 7 hari tidak lagi dianggap pelik kerana ia adalah kebiasaan bagi kita semua. Namun, disebalik kecanggihan teknologi terkini, hati dan perasaan manusia seperti dipermainkan. Teknologi terkini untuk memudahkan manusia berkomunikasi, tetapi kenapa seperti semakin merumitkan kehidupan?

Sebagai contoh untuk pasangan yang bercinta dan berkahwin, apabila terlalu asyik dengan telefon bimbit, pasangan disisi pun tidak diendahkan. Hubungan yang dulunya manis, menjadi pahit untuk ditelan. Pergantungan pasangan terhadap telefon bimbit, menyebabkan sesuatu hubungan itu tidak lagi ‘hidup’ kerana kurangnya berkomunkasi.

Jadi, apa yang perlu pasangan lakukan? Jom ikuti 6 kaedah mudah ini…

1. Khusus bagi mereka yang telah berkahwin, setelah usai bangun dari tidur sahaja, usahlah terus bermain telefon bimbit, melihat notification group dan sebagainya. Peluk dan ciumlah isteri dan anak-anak terlebih dahulu. Oleh kerana itu pentingnya menutup data internet sahaja ketika tidur, dengan kaedah ini orang-orang yang ada kecemasan sahaja akan terus membuat panggilan. Tidak perlu membuat airplane mode.

2. Perkara yang paling penting dan 'HARAM' kan penggunaan telefon adalah ketika dimeja makan. Terutamanya apabila meluangkan masa ketika makan malam bersama keluarga. Letaklah telefon bimbit jauh dari meja makan. Ketika ini lah untuk fokus pada keluarga, berkongsi cerita dan memberi perhatian.

3. Ramai juga dikalangan kita sibuk betul melihat telefon bimbit walaupun sedang memandu. Pasangan disebelah juga asyik bermain dengan telefon bimbit dan membiarkan suami/kekasih memandu dengan perasaan yang bosan. Ketika ini juga anda boleh berkongsi cerita, bukan?

4. Bertentang mata ketika berbual dengan pasangan, jangan pula mata meliar sibuk memandang ke arah notification yang tidak henti-henti masuk. Didiklah diri untuk hormat pada mereka yang sedang bercakap. Anggaplah situasi seperti anda ditemuduga.

5. Ajaklah satu keluarga untuk solat berjemaah dan membuat ta’alim. Jika pada waktu siang semua orang sibuk, lakukan selepas solat Maghrib. Ketika ini kongsilah pelbagai hadith, atau terjemahan dari Al-Qur’an supaya rumah sentiasa tenang, rumah tangga juga harmoni.

6. Tidur menghadap muka pasangan, dan bukannya telefon bimbit bagi mereka yang sudah berumah tangga. Jika ketika zaman bercinta, setiap malam bergayut dan kalau boleh nak masuk dalam telefon tersebut kerana terlalu rindu. Jadi mengapa tidak boleh lakukan perkara sebegitu apabila sudah berumah tangga?

“Abang tak boleh tidur, kalau tak boleh tengok muka sayang…”

“Tak lena tidur abang, kalau tak dengar suara sayang…”

Janganlah hangat-hangat tahi ayam pada pasangan. Semaikan percintaan itu sehingga ke Jannah, supaya orang tidak lagi membuat andaian negatif “Alaaa…baru bercinta semuanya manis…” atau “Baru kahwin, semuanya bahagia, cuba dah ada anak nanti…”

Sentiasa hangatkan percintaan diantara anda berdua bersama pasangan supaya sentiasa manis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen