5 Sebab Dirinya Hilang Daya Tarikan Terhadap Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum melangkah ke satu perhubungan sudah pasti kalian perlu menempuhi sesi perkenalan terlebih dahulu. Pada ketika itu anda akan lihat dan usaha dirinya untuk menarik minat anda. bahkan pada ketika ini, dirinya berusaha untuk memikat anda. Begitu juga dengan diri anda. Boleh dikatakan pada waktu ini masing-masing cuba menawan hati antara satu sama lain.



Namun begitu, setelah hati anda berbunga-bunga dan anda melihat dirinya juga sudah menyukai anda, anda ingin pergi ke satu tahap yang lebih dekat. Akan tetapi selepas meluahkan isi hati, dirinya tiba-tiba hilang malah mengabaikan anda. Mari kita cari tahu puncanya.

1. Hanya mahu bermain cinta dengan anda.

Dirinya mendekati anda bukan kerana satu hal yang serius, tetapi lebih memilih hanya untuk mempermainkan anda. Mereka ini tidak mempunyai niat untuk mendekati anda dengan lebih baik. Mereka hanya ingin mempermainkan perasaan anda, apabila anda sudah terpikat kepadanya, mereka ini akan mula tinggalkan anda.

Jadi anda perlu berhati-hati jika berkenalan dengan seseorang. Jangan mudah untuk memberikan hati anda, takut akhirnya anda akan terluka dengan sikapnya.

2. Tidak bersedia untuk satu komitmen.

Apabila anda luahkan rasa hati anda, namun dirinya seolah-olah menolak dengan mengabaikan anda atau menghilangkan dirinya. Itu boleh jadi menandakan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk jalinkan satu komitmen. Di mana dia mahu berkenalan dengan ramai orang lagi.

Jadi berkenalan dengan anda bukan untuk jalinkan cinta tetapi untuk memperluaskan pergaulannya. Sebab itu lah dirinya mendekati anda.

3. Mempunyai masa lalu yang menyakitkan.

Mereka ini mempunyai masa lalu yang menyakitkan hati mereka, jadi mereka masih belum bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru. Apabila anda meluahkan isi hati anda, dirinya terkejut dan takut untuk memberitahu anda satu kenyataan. Jadi bagi dirinya adalah lebih baik jika dia menjauhkan diri dari anda.

4. Dia tertarik dengan orang lain.

Anda mungkin tidak tahu apa yang dirinya lakukan ketika sedang berkenalan dengan anda. Mungkin pada ketika anda dan dirinya sedang berkenalan, dia juga turut berkenalan dengan orang lain. Jadi, dirinya lebih terpikat dengan orang tersebut berbanding anda. Ia seolah-olah anda hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Jadi sebelum anda ingin luahkan isi hati anda pastikan terlebih dahulu apa yang perlu anda tahu.



5. Menganggap anda sebagai rakan.

Apa yang lebih menyakitkan adalah dirinya hanya menganggap anda sebagai seorang rakan. Itu lah menjadikan dirinya menjauhkan diri daripada anda. Hal ini kerana, dirinya mendekati anda kerana mahu anda berkawan rapat dengannya bukan ingin menjadikan anda sebagai kekasihnya.

Dalam tempoh perkenalan ini, perbagai niat yang ada pada diri seseorang. Boleh jadi dirinya tidak mempunyai niat yang sama seperti anda rasakan. Jadi anda harus lebih berhati-hati, jangan cepat berikan hati.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen