Rahsia Membuat Lelaki Makin Sayang Terhadap Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata wanita pasti ingin tahu bagaimana memikat hati pasangan, mana tidaknya semua orang inginkan pasangan mereka ini kekal disininya tidak kira lah disaat susah mahupun senang. Bukan itu sahaja, wanita juga pasti inginkan pasanga yang memahaminya dengan baik serta melayaninya dengan penuh kasih sayang.

Orang kata nak pikat hati seorang lelaki ini melalui perutnya. Tapi sebenarnya tidak cukup kalau tak ada 4 perkara ini. Kalau ada ini, pasti pasangan bertambah sayang. Mari ketahui.



1. Biarkan dirinya membuat keputusan.

Orang lelaki ini paling suka jika dirinya diberi satu kuasa untuk mengawal secara keseluruhan. Jadi anda seharusnya cuba memahami dan mehalang jika keputusan tersebut tidak dipersetujui anda. Bukan bermakna tidak boleh membantah ye. Tapi biarkan dirinya yang membuat keputusan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, biarkan dia membuat pilihan tempat makan, jangan asyik ada sahaja. Cuba untuk bertolak ansur sedikit. Dan kalau boleh hormati sedikit keputusan dirinya.

2. Jangan menyekat apa yang dirinya suka.

Berikan sokongan bukan sekatan, itu lah orang lelaki suka. Mereka ini lebih mudah rimas kalau pasangannya sikit-sikit nak haling sahaja minatnya. Anda seharusnya beri sahaja dirinya peluang lakukan apa yang dia sukakan.

Tetapi jika kelihatan telah melampau batas maka berikan sedikit teguran. Tapi jangan samapai anda halang apa yang dirinya suka. Nanti lain pula jadinya.



3. Belajar untuk bertanya.

Jangan mudah ambil sikap menyerang dan menuduh sahaja terhadap pasangan. Tetapi ringkan mulut untu bertanya. Jika ada salah faham tanya. Riak wajahnya lain, cuba tanya dan kalau dia malas layan anda bertanya.

Jangan sesekali menuduhnya serta membebel terhadap sesuatu perkara. Nanti dirinya terasa anda terlalu bising maka ia akan mula menjauhkan diri daripada anda.

4. Tak perlu ucapkan kata cinta atau sayang.

Ucapkan sekali dua itu boleh sahaja jangan pula berlebih-lebih sehingga dirinya rimas. Tapi tunjukkan rasa sayang anda itu melalui perbuatan bukan hanya ucapan. Berikan dirinya merasai kasih sayang anda itu. Buat dirinya terasa bangga dengan orang sekelilingnya kerana anda melayaninya dengan baik.

Orang lelaki ini mudah sahaja, mereka inginkan perhatian dan difahami. Jadi apabila dirinya dapat pasangan seperti ini pasti dia akan makin sayang pasangannya itu. Bahkan dia sendiri akan berubah demi kebaikan perhubungan yang ada.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen